Wednesday, March 28, 2012

Birthday blues

Start now













:(
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, March 25, 2012

Kita

30 bulan dah masih berjalan lancar walaupun kadang-kadang minyak hitam punca enjin sangkut. Tahniah la kita. Harap-harap tak tepu.

Kita doa semuanya diredhai dan diberkati. Semoga yang halal didekati supaya yang haram dijauhi. Amin.

Sunday, March 11, 2012

ManJa Heritage Park

Beberapa minggu lepas, ada la balik kampung kejap. Bukan jauh pun kampung aku. Ini semua atas rasa teruja dok tengok gambar makcik pakcik post dekat group facebook nun. Kau jangan buat main, dekat semua makcik pakcik I ada facebook. Admin group tu pulak Maktam rasanya. teknologi betul orang tua sekarang. 
Cerita dia pasal kebun je. Kat hujung kampung sana ada sungai or kitorang panggil jeram. Tu memang tanah arwah Atuk. So rasa macam anak raja bila datang nak mandi kat situ. Bila ada orang lain mandi sehabis baik rasa nak halau semua. Heaven la. Datang jalan kaki je pun menapak sampai peluh-peluh, bila dah sampai terjun sungai nikmat tak terkata. Sebelum tu kumpul duit sorang sikit pergi kedai Cik Bibah beli biskut marie tu ha.

Tapi beberapa tahun lepas tanah tu kena jual sebab dorang nak buat highway. Tapi ada la serpihan tanah yang tinggal sikit. Hasilnya anak-anak Maklong dan ada pakcik makcik yang membangunkan balik tempat tu untuk mengintai nostalgia lama. Ewah ayat.

Dekat group tu ada satu album nama ManJa Heritage Park. Haha comel gile nama. 

Parking area katanya

Pool pun boleh

Yang berbumbung nun di hujun sana tu la tempat berteduh.
Nenek kita kena lintas kolam dulu
Kolam kolaman

Ikan dari kolam kita

sinki. Kata mereka dari Ikea.


Dapur. Juga dari Ikea

Dapur pandangan malam. gigih chef-chef masak dinner
Ikan segar dari kolam. Bahan santapan dinner



ManJa Heritage Park waktu malam.

Bukan lah lawa dan sempura mana pun. Tapi memori lama-lama bila cerita balik ramai-ramai tu buat seronok. Oh dan nanti lepas maghrib nanti kita ada satu trip bersama keluarga ini. Doakan la selamat pergi selamat balik.