Monday, April 23, 2012

Taraf

Aku rasa, apa yang aku sibuk cakap pasal taraf lelaki dengan perempuan sama selagi belum jadi suami isteri akhirnya tercapai.

Kita sama la. Kau boleh jadi perempuan, aku boleh sangat jadi lelaki.

Jauh simpang lagi ni. Selagi yang benar-benar ketua belum benar-benar ketua, selagi yang betul-betul pengikut belum betul-betul mengikut, selagi tu la songsang.

Tahniah Ika. Akhirnya...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 5, 2012

Nikmat

Khabar terbaru, hari lahir kembali wangi walaupun lewat seminggu. Dan sebenarnya ada jugak sambutan awal seminggu. Terima kasih yang berkenaan.

Tentang makan, Mak macam saja uji nafsu. Semalam udang, harini sotong dan 5 side dishes lain. Sangat nyata segala menu dirancang mereka suami isteri.

Maka, haruslah kita mensyukuri nikmat. Diberikan kedua ibu bapa yang memanjang bagi cukup makan, dan yang berkenaan yang bagi apa yang patut.

Gagah tulis blog nak tahan mata tunggu si polan siap untuk tidur. Selamat malam awak-awak. Semoga kita sama-sama dirahmati


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 4, 2012

Awak apa tahu?

Mentang-mentang urin berbau kafein, sengaja nak post entri malam lewat macam ni. 11.28 malam dah dikira lewat bilamana waktu lelap adalah sebelum jam 11 malam.

Tak banyak khabar berita. Kerana segala cerita masa depan dan semasa ditulis di kertas perancang dan juga chit chat (apa chit chat dalam bahasa melayu?) dalam semua perantara yang ada. Kita tak de dah cerita hal lepas, takde faedah.

Jadi tiada cerita penting kecuali berita lapisan lemak naik seinci, dah khabar kain koyak akibat peha melebar. Rasa nak frame kan kain tu supaya beringat ketika makan.

Mak, tolong la. Semalam dah cakap dah taknak makan nasi. Kenapa harini masak udang? Jangan diuji nafsu yang sememangnya gersang sentiasa.

Raihan kata saya ada 9 nafsu, 5 kepada makan. Selebihnya kepada tidur dan membazir duit. Kena susun balik mana lagi prioriti ni. Kelak binasa badan dan poket bila tersalah lorong nafsu.

Oh ye, tentang hari lahir saya. Takyah mengharap yang istimewa. Kena herik lagi ada. Phuii. Tiap-tiap sambut usia dengan orang dan perkara hasutan syaitan. Saya je suci bak bidadari nak menyambut tua tiba. Tolong kepada yang berkenaan, 29 Mac 2013 kasi kurang sikit air keluar dari mata.

Yang lain. Alhamdulillah masih panjang umur, sihat dan bersama mereka yang penting. Saya tak boleh hidup kalau mereka takde. Awak apa tahu?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone