Wednesday, April 4, 2012

Awak apa tahu?

Mentang-mentang urin berbau kafein, sengaja nak post entri malam lewat macam ni. 11.28 malam dah dikira lewat bilamana waktu lelap adalah sebelum jam 11 malam.

Tak banyak khabar berita. Kerana segala cerita masa depan dan semasa ditulis di kertas perancang dan juga chit chat (apa chit chat dalam bahasa melayu?) dalam semua perantara yang ada. Kita tak de dah cerita hal lepas, takde faedah.

Jadi tiada cerita penting kecuali berita lapisan lemak naik seinci, dah khabar kain koyak akibat peha melebar. Rasa nak frame kan kain tu supaya beringat ketika makan.

Mak, tolong la. Semalam dah cakap dah taknak makan nasi. Kenapa harini masak udang? Jangan diuji nafsu yang sememangnya gersang sentiasa.

Raihan kata saya ada 9 nafsu, 5 kepada makan. Selebihnya kepada tidur dan membazir duit. Kena susun balik mana lagi prioriti ni. Kelak binasa badan dan poket bila tersalah lorong nafsu.

Oh ye, tentang hari lahir saya. Takyah mengharap yang istimewa. Kena herik lagi ada. Phuii. Tiap-tiap sambut usia dengan orang dan perkara hasutan syaitan. Saya je suci bak bidadari nak menyambut tua tiba. Tolong kepada yang berkenaan, 29 Mac 2013 kasi kurang sikit air keluar dari mata.

Yang lain. Alhamdulillah masih panjang umur, sihat dan bersama mereka yang penting. Saya tak boleh hidup kalau mereka takde. Awak apa tahu?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: