Sunday, May 27, 2012

Optimis

Gua syak gua ada masalah. Adrenalin mengalir bukan pada ruang sepatutnya. Berapa hari je lagi. Mak banyak bunyi tapi gua takde jawapan pasti. Sukati Mak la, ikut Mak la. Agak cool jugak rasa begini. Seimbang rasa estrogen sama testosteron *kadang-kadang testis gua muncul*

Dan hormon ghairah mengalir, untuk sesuatu yang kalau lepas ni memang habis komited la nak hidup. Agak lambat mulakan langkah, sampai sekarang pun belum mula. Baru merancang. Tarikh tutup semakin dekat. Entah sempat entah tidak. Tapi semoga momentum kekal hingga ke akhir. Sedang diri kenal diri, tahu takkan datang bom momentum kedua.

Nasib Abah tanya 'nak hadiah apa?'. Dalam kepala dah rangka segala gajet. Segala punya moden dalam kepala. Untung rasa malu tebal, duit belanja sepanjang belajar pun dah dikira hadiah kalau nak. Sedar gaji sendiri pun tak cukup nak hulur tauke kedai nak bayar "segala". Tapi dah alang-alang dioffer, elok juga minta "hadiah" untuk masa depan. Haha dasar anak bertuah. Jadi mula minggu baru, jalankan segala rancangan.

Semoga segala rancangan berjalan lancar atas restu dan berkat Allah dan semua. Sebab ni dah bukan masa nak menyesal dengan keputusan sendiri. Apa yang dipilih, go ahead. Takde patah balik. Faktor keliling bukti masa sekarang ni la nak lenjan habis tenaga muda. Bersusah kita dulu, untuk masa depan insyaAllah kita mudah. Dan macam biasa selain Tuhan yang maha kuasa, gua memang perlu segala nyawa, painkillers dan sayang-sayang. Itu la tangkal penguat.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: