Thursday, May 31, 2012

Tak jadi

Kisah dari di bawah, perubahan hidup yang konon akan menjadi semakin komited tak berjaya. Belum ada rezeki la tu. Semangat datang lambat sangat. Harapannya semoga tahun depan semangat masih ada. Mungkin sebab Dia tahu aku punya komited belum sampai tahap sanggup buang tidur agaknya. Hikmahnya, dah boleh ghairah untuk kisah lain yang sebelum ni tersangkut-sangkut dek macam-macam hal.

Sedih jugak mengenangkan impian tak tercapai, tapi Alhamdulillah la, ada 1 lagi perancangan untuk masa depan. Kat sini patut jadi buah mulut sendiri.

Kemain diri cuba nak jadi sedahsyat mungkin. Tapi belum sangat lagi. Bila ditanya, entah la ikut je, duit takde, tak tahu la, ape la. Mak Abah mesti rasa macam tak best, langsung dioffer jugak bermacam mende. Hihi rezeki. Dalam tak sampai hati, rasa teringin jugak. Kita sapu jela. Rezeki jangan ditolak.

Teringat balik 'hadiah' yang tak jadi. Menggunung rasa nak tuntut hadiah lain dari Abah. Perghh apa la anak macam ni. Tapi serius kan, nafsu. Dalam rasa eh Abah dah bagi banyak, nak apa lagi. Ada je rasa ala bila lagi nak dapat. Hehe tunggu segala hal selesai, kita cuba buat tuntutan hadiah tu nanti.

Mak Abah takde, konon pergi so called honeymoon. Kebetulan je la tarikh sama dengan anniversary depa. Bila call kata dia dah miskin dah kat sana, Abah kata Mak banyak beli, Mak kata Abah banyak beli. Tak kisah la, asal bahagian gua ada. Tengok, dasar anak. Suka sangat hidup di taja. :p
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: