Sunday, May 20, 2012

Teks ucapan

Ya Allah, seronok tak terkata harini. Syukur tak terhingga bila semua yang kite sayang ada untuk kite.

Hah ni sebab adrenalin sampai lambat tadi, dah lewat macam ni badan penat pun dia taknak surut lagi.

Terima kasih Mak Abah, masa tengah dok feeling layan cerita-cerita ke sajak sayu-sayu tu, kite malu-malu mesej dorang bagi ucapan penghargaan dan luahan kasih sayang. Gaya nak cakap depan mata memang segan.

Lepas tu dekat Tiqah yang mula-mula gaya excited duduk sebelah menyebelah tapi lepas tu muka habis obvious dah malas layan. Haha padan muka. Dekat Pakdil yang terselit celah gadis, pastu muka tak malu nak keluar masuk lebih 5kali. Badan kalau semut takpe. Tapi nasib baik dikala Tiqah dah leka bercinta dengan abang tab, Aidil datang bertepek dekat belakang. Nasib tak teleng kepala dok toleh belakang je.

Untuk abang @ mama Lya. Gile cool datang bawak Mcd. Masa tu tak hadap bunga ke apa, perut dah merintih mintak sesuap makanan. Lya jadi penyelamat perut. Romantik habis juga bila 1 burger kongsi 3 perut.

Untuk Erma, Oya, Intan, Zureen, Paan, Hadi sama Sally. Ini epik la, kawan sekelas sekolah dulu ada sekali. Perghhh mana nak dapat orang macam ni. Sakan gelak ketawa. Dengan G, yang tak sempat nak jumpa.

Pastu kite ade Zizan dengan Taqi. Ni dua-dua vvip. Kalau nak buat appointment seminggu awal pun belum tentu lagi dapat lepak ke tak. Tak sangka dikala konvo kite dua-dua dato' ni sudi datang ke majlis kite.

Eh Jue, Syakirah dengan Mira jugak. Geng yang sudi mengangkut nak ambil jubah. Karaoke free 0 sen dekat redbox. Tunggu rezeki je nak dapat free camtu lagi.

Lepas tu untuk Raihan!! Drive dari Dungun laju-laju untuk kite. Muahaha lepas dah rasa confident dia sempat sampai terus mode gedik sampai. Hyper tak boleh dibendung. Pose dalam gambar dah gaya lucah. Seriously bro, lu datang bawak passion gua yang lu bawak lari haritu. Gua terharu ada lu tadi. Walaupun lu datang lenggang kangkung takde bunga, tapi bekalan keropok lekor untuk Abah dah cukup buat gua bangga. Terima kasih jadi tukang angkut beg sama escort gua kemana saje. Terima kasih Makcik dan Pakcik kerana lahirkan Raihan kedunia ini. Ecececeh.

Terima kasih UiTM. Pergilah study dekat UiTM. Yuran murah weh. Nanti kalau konvo sidang petang boleh kurus sebab diet tak lunch.

Kepada mereka yang tidak disebut ampun dan maaf. Segala memori ada je dalam otak. Tapi malas nak fikir. Yang seronok tu kadang-kadang rajin jugak nak layan. Tapi yang tak seronok memang dah bersungguh habis buh tepi. Diam-diam jela sendiri teruskan hidup. Maaf segala dosa. Semoga bahagia.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. (WBT, terlupa ku sebut nama mu. Kenderaan yang selalu menjadi pengangkutan utama. Semoga teguh berbakti bersama tuan mu. Terima kasih)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: