Sunday, June 17, 2012

Lurus

I forced myself to sleep because of you, and my eyes wide open because of You.

Jangan letak harapan dan cinta pada manusia seluruhnya, kerana manusia itu banyak khilaf dan sama semuanya. Seluruh harapan dan cinta hak Allah maka Dia lah yang wajib diserah seluruhnya. Dengan cinta itu, mesti diberkati dan diredhai Dia, insyaAllah manusia jauh dari kecewa dan putus asa.

Alhamdulillah atas segala kecewa dan ujian. Sedang belajar bersyukur untuk segala perasaan walaupun tawar. Sebab itu lah selalu jadi punca cinta untuk Dia akan jadi yang lebih Agung. Sama-sama kita luruskan jalan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, June 10, 2012

Jam 2

Dekat 2 pagi, tahu lah apa hasilnya. Mata panda. Mudah-mudahan hasil invention manusia dapatlah buat mata saya seperti mata mereka yang minum innershine tu ha.

Pam saya rosak. Sekali lagi adrenalin lambat sampai. Penat badan, mata layu, risau segala hal dan macam-macam lagi buat gemuruh belum datang. Ghairah ada la dalam setengah hal.

Pintanya semoga segala-galanya diberkati Allah, berjalan lancar, dipermudahkan, dijauhkan dari hasad dengki manusia, dijauhkan dari rasa riak, disambut segenap yang hadir dengan rasa gembira dan meriah. Niat yang baik, insyaAllah cara juga baik akan dibantu Allah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone