Saturday, July 7, 2012

veteran perang

Kaku dah rasa jari nak taip sini. Aku baru buat kerja gile. Paling gile. Tahu, bila konon bosan, kau scroll segala kisah kepam yang lama-lama dulu, dikala rambut karat, dikala kain gaya tak cukup duit nak beli, dikala mencarut kasar jadi kegemaran, hah bala sampai. Konon gaya sekarang berlitup rambut, bertutup baju, tahan carut dalam hati, ingat dah kuat. Ingat dah kuat. Haram. Kalau dah nama perempuan. Kalau dah nama sama macam dalam ic, kalau dah nama Ika yang ini, kirim salam kau nak aku lupa kisah kepam kau, aku nak lupa sejarah kau. Kalau diminta aku hikayatkan semua boleh sangat. 

Easy to forgive, hard to forget.

Hah aku malas nak petik je macam kau. Sebab tak semua paham aku petik dari tanah kau ke tanah yang lain. Ini bangsa kita kisahkan si polan itu, yang berkokok yang si Eton seberang. Ewahhh gaya nak bikin perang. Nasiblah aku ini veteran perang. Aku dah pencen buat kerja tak berapa nak bagi faedah. Cukup simpan dalam, rasa tak tahan sayang kita ramai. Biar aku berkokok sama sayang, tonggeng semua sakit sebab aku tau itulah ubat, itulah painkiller.

Kau nampak betapa bahagia hidup jadi si pencen ni, kurang rasa berdosa bila tunjuk emosi dekat ramai orang. Tapi sekarang dah berdosa dok tayang rasa sakit hati dekat semua sampai nanti ada yang perasan.
Hah kau tahu, aku manusia. Ini, atas ni segala yang ditulis ni, nanti ada lah si polan situ bunyi, si Atan itu bunyi, si Eton itu bunyi. Maaflah, bukan pasal kau-kau semua. Aku terpaksa sangat tepek segala dekat sini sebab si hitam blackberry jahanam. Takde medium komunikasi luahkan rasa sama sayang-sayang. Ye, aku tahu takde faedah pun buat macam ni. Tapi kadang tu, bila kita diam tapi diusik hai berangin rasa. 

Ini ingatan nak bagi faham. Sudah. Jangan usik aku, jangan kacau aku. Sebab aku sehabis daya nak jaga hati semua, aku ni manusia songsang dulu tengah belajar nak jalan lurus, tengah cuba tegakkan iman. Kau nak ke syurga, pahala kau dah banyak. Aku pun nak ke syurga, pahala aku sikit. Tolonglah jangan biar aku berdosa. Jangan biar aku rasa aku berdosa sebab jahat dengan kau. Ampun dah diminta. Cukup dah. Dulu aku telan sebab luaran gaya memang aku jahat. Dengan kau, aku telan sebab konon baran aku bersepa, konon mulut dimana-mana. Dah dah, besarlah. Apa guna badan membengkak tapi otak besar nyamuk, hati sebusuk toilet dekat pekeliling nun. 

Habis. Kacau. Kacau

No comments: