Thursday, August 16, 2012

Campur

Semalam hari yang sangat mengejutkan. Di pagi hari dapt berita abang Ema meninggal dunia sebab accident. Aku takdela rapat sangat dengan arwah tapi Ema selalu cerita pasal abang dia. Sebak pulak bila ingat balik. Ingat semalam nak  ambil half day leave tapi lepas tu tak jadi sebab decide dengan Oya nak tidur rumah Ema je nanti. Siang tu kita mintak kawan lain temankan, kita ambil syif malam. On the way nak ke rumah Erma rasa macam awkward sangat. Tak tahu nak react macam mana nanti, tak tahu nak cakap macam mana. Sebab selalunya bila one of us sedih ke apa, ada la sorang yang melawak bangang tahap nak libas dengan batang mop. Tapi ni soal hidup dan mati, takkan Ema sedih lepas tu kita nak buat lawak pulak. Bila dah sampai dekat rumah Ema tengok dia dengan kawan dia. Ajaibnya Ema kuat gile. Dia terus cakap sekarang dia yang sulung, dia kena kuat. Perghh sumpah aku salute gile. Dia cerita pasal abang dia macam takde pape jadi. Aku dengan Oya pulak sebak semacam, Oya siap meleleh-leleh bagai. Over betul. Lama-lama kitorang borak macam takde apa jadi. Bergosip macam hal. Alhamdulillah la Ema kuat sangat. Memang kagum betul aku. Semoga dia kuat sampai bila-bila. Malam ni kalau sempat datang ziarah lagi.

Lepas tu semalam jugak kita dapat duit raya. Kuikuikui. Seronok rasa. Boleh la bagi duit raya singgit sorang camtu. Rezeki la kenal kawan banker yang ada stock duit singgit banyak-banyak. Nak harap Oya, phuii. Ada saje alasan. 

Dan sempena raya ni, EPL nak start balik weh. Excited bak hang sebab RVP masuk MU. Tetibe. Padahal anti nak mati dengan Arsenal termasuklah player dia sekali. Tapi suka Holland termasuk la player dia sekali. Lagi suka MU termasuk player dia sekali. Merepek. Dan musim fantasy pun bermula. Aku ni 1st month tu memang semangat sakan. Siap ada buku record segala. Masa tu memang nombor 1 je. Lepas tu memang hangat-hangat taik ayam la. Memang pasukan belasahan la jawab dia. Season ni entah macam mana pulak agaknya. 



Jersi memang saje buh pink. Baru la gegirl. Tengok point last season. Naik 9 point dari season sebelum ni. Hebat kan? Dan lagi hebat harini last kerja lepas tu cuti raya!!! Aku tak semangat nak raya tapi semangat nak cuti. Tak sabar nak balik tidur lama-lama. 


No comments: