Friday, August 10, 2012

fasa baru

Ahh aku tak reti macam mana nak mula ni. Dah 2 3 kali taip lepas tu backspace. Ok la mulakan dengan ucapan maaf sebab entri emosi kat bawah ni. Duhh. Aku malu nak baca balik. Gaya emosi semedang, padahal bila bahagia gumbira takde pulak rasa nak post apa-apa. Oleh itu aku rasa azam baru sempena nak raya ni dah malas nak tayang segala emosi hambar melampau macam pondan dekat sini. Maaf lah bila pms, hormon akan terlebih merembes, itu la punca (gigih dari dulu nak salahkan hormon bila emo).

Hidup bagus sangat sebenarnya. Takde la bagus dalam erti kata sempurna sangat. Tapi ok je. Kerja baru pun dah dapat. Alhamdulillah. Environment totally different dari dekat MMHE dulu. Kerja company besar dulu semacam aura dia. Tapi company ni lagi special aura dia. Segala protokol yang tak terimagine la dek aku dan kau sekali pun. Aku dah rasa aku agak unik dari yang lain. Haha. Semoga segala-galanya selamat dan baik-baik sajela kan. Diharapkan dengan kerja baru ni, mampu la nak tolong Mak dengan Abah lebih sikit. Mampu la nak simpan banyak sikit.

Harini jugak dah cukup 2 bulan aku bertunang dengan Raihan. Alhamdulillah. Tapi hoi dugaan orang bertunang ni lain sangat-sangat. Angin ribut taufan dia bila datang memang tak kuat boleh rebah. Haha baru 2 bulan wa cakap lu. Camne nak hidup seumur hidup sama-sama ni? Sekarang ni boleh cakap kitorang macam try nak adapt diri masing-masing. Attitude sebelum ni dengan sekarang dah mula lain. Masing-masing try nak positif. Kau tau jela bila nak berubah tu ada jela yang senget bengkok sana-sini. Memang tak senang. Tapi dah ini yang nak kan. Ha hadap. 



Raihan dah lain gile sekarang. Dia tengah ganas, garang ala-ala cikgu disiplin. Dah takde nak buli-buli Raihan dah sekarang. Dia tengah belajar nak jadi ketua. Aku dah turun pangkat dah. Takde dah semua ikut cakap aku je. Kalau dulu straight je kalau ada pape, sekarang banyak tapis, banyak soal. Huishh tak best tau. Hilang gagah dah, makin sendu je. Tapi ini lah yang betul. Kata bakal Imam. Aku pun redha jela. Terpaksa keluar gaya ala-ala perempuan dengar kata. 

Dan lagi, pasal kahwin takyah cakap lagi. Kasi habis raya dulu. Nanti kang serabut nak pikir banyak hal, bila masing-masing serabut memang ngeri gak gaya dia. So biar settle satu-satu. Bayangan belanja kahwin ni pun ngeri jugak. Kemain banyak kan. So lek lek lu. 

Bosan weh bila baca balik atas ni. Bila takde emosi busuk ni rasa cerita sangat mendatar. Haha


4 comments:

HazeL said...

bukan belanje kawen yg ngeri..tapi tanggungjawb lepas kawen,lebih mengerikan :)

Dzulaikha said...

nak bersalin pun ngeri. haha

Miss Yaty said...

tang ko ckp rean lain gile tu mmg gitu agk nye bile lelaki dah berkerjaya eh..si nazli tu pn dah lain benor aku tgk skrg...huk3...

dah tak leh buli2 die dah..

Dzulaikha said...

haha yat, biasekan diri dgr kate.