Tuesday, August 21, 2012

gem**

Hai, aku nak cerita pasal raya. Raya ni orang dah takde tanya soalan bila nak kahwin. Kurang sangat, tapi mungkin banyak tanya dekat Mak dengan Abah. Raya ni yang orang selalu cakap, cakap dengan ayat penyata. Bukan soalan. "Ikaaaa, dah berisi sekarang", "Ikaaaaa pipi naik", Ika *sambil buat gaya orang gemok, yang tangan kembang kiri kanan tu*, *buat gaya pipi ikan buntal*. Paling tak boleh bla bila Ateh boleh cakap "tak sangka kau boleh gemuk kan". Oooyeahhhh.

Aku dah mula pressure jugak ni. Sebelum ni takde hal lagi tapi sekarang ni dah macam kerap sangat. Asal jumpa orang je tak lari la ayat gitu. Paling aku rasa macam stress jugak bila nak camwhore alahai malu tengok gambar sendiri. Sekarang jadinya kalau rasa nak bergambar mintak orang ambilkan. Nama nak ambil sendiri macam ngeri.

Ini adik saya, Ira.
Kau tengok mana beza dia camne
Soal berat jangan tanya. Dengki oi kat Lya, baru baca blog dia tadi kata turun 3kg. Phuiiiii. Ajak aku makan tapi kau turun berat ape kes oi. Nyampes. Aku dah lama gile tak timbang berat. Lama sangat teramat sangat. Ikut sendiri punya sukatan rasa mahu dektat 60kg agaknya. Ini abnormal. Sampai tadi bila bergambar dengan Oya, Ema dengan Intan, semua suka nak bergambar sebelah aku, Alasan dia nanti dorang nampak kurus. Haktuihhh. Muka Ema nak separuh muka aku, bontot Intan separuh bontot aku. Oya lagi takyah, dah keding sangat dia. 

Gua cover dengan bantal bai.
tengokkkkk

Sempena raya ni, jamban dah macam rumah kedua jugak. Sebab tau lepas makan akan melawat jamban, so lagi takde segan silu nak melahap. Start dari mula raya memang aku nak berbelas kali jugak la ke toilet saje. Dalam risau perut sakit tapi terselit bahagia sebab tau kandungan makanan tak berapa sempat jadi lemak. Walaupun raya, nasi tetap menjadi juadah. Iye la macam Lya cakap jugak, mana nak sama nasi impit dengan nasi. Nasi makan 2 kali sehari je kenyang, nasi impit makan 10 kali pun susah nak kenyang. 

Orang kalau dah mula terasa macam terlepas cakap nanti ada la ayat penyedap. Hampir semua kan kata takpela badan kau naik sikit, sebab Rean pun besar. Dayyumm. 

Oh fakta, semua yang keluar statement macam ni adalah perempuan. Lelaki cakap camni "perghhh sedap." Hilang stress mak nok. :DDD


No comments: