Sunday, August 12, 2012

Kad Raya

Wehhh cool tak ada kalau company aku ada kad raya sendiri? Cool takkkk? Wahahaha maaf la, batak aku sampai. Kisahnya aku ada kad raya free untuk diberi. Kesudahannya ketika ini, 2 kad raya telah selamat diberi kepada mereka yang berkenaan. 1 untuk orang kat rumah ni, 1 untuk Wani.

Haha jadahnya bagi kad raya dekat Mak, Abah yang hari-hari kau jumpa kan. Tapi la kalau bukan dorang ni kat siapa lagi nak aku habiskan kad-kad ni. 1 lagi bagi Wani, tadi sempat dating kejap tanya hal kerja. Tengok dalam bag ada lagi kad kosong, terus tulis ucapan hari raya (padahal Wani depan mata). Ada lagi lebih ni, aku rasa nak habiskan separuh. Lagi separuh pulang balik kat company.

Esok lusa agak-agak terserempak dengan siapa-siapa boleh la bagi kad raya ni lagi. Kiwkiwkiw. Nama nak beli sendiri dan pos dekat semua? Oh abad bila baru nak buat macam tu balik. Last rajin nak pos-pos kad raya ni dah 10tahun lepas agaknya.
Ok dah nak subuh, selamat subuh.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: