Tuesday, August 21, 2012

Melarat

Awak tahu kenapa saya sayang Lya, sebab bila malam kadang-kadang saya tak susah pun nak tidur. Saya menguap sampai berair mata, tapi otak dok putar-putar cari jawapan. Macam malam ni, kepala dari tadi dok fikir ape ke nama orang panggil alat sedut asap dekat dapur tu. Tapi sebab sibuk sangat jadi biarkan jela hidup tanpa jawapan. Dah tengah malam, baik punya landing nak nap kejap (sebab sat g kul 3 bangun qiamulail sama tengok bola :p) terus persoalan tanpa jawapan mula berlegar.

Saya dah mula nak google jawapan, tapi buntu nak taip apa. Dalam bahasa melayu pun tak tahu apa nama alat tu. Ikut hati nak je google 'alat penyedut asap' tapi macam tak tercapai dek akal. Scroll timeline tengok siapa tak tidur lagi nak mintak tunjuk jawapan. Nampak tweet Lya ada terus ting tong bbm dia.

Tanye direct je 'weh ape name alat sedut asap yang dekat dapur tu, yang sedut asap orang masak tu.' Dan seperti diduga, Lya pasti tau jawapannya. Dia cakap hood. Kitchen hood la kot kan. Hah ini la sebab kenapa Lya disayangi. Sebab dia ada ubat supaya saya tidur lena. Tanya soalan pelik mana mesti ada jawapan. Dan tak pernah pun gelakkan saya kalau soalan tak berapa nak bermoral seperti 'mermaid beranak ke bertelur?' 'Macam mana mermaid beromen?' Tapi soalan ni tak bertemu jawapan sebab terlalu sains dan perlukan kajian. Mohon sesiapa yang tahu tolong jawabkan.

Tapi malangnya, saya gatal nak tweet sebelum tidur. Pergilah tweet pasal budak mc 5 hari tu. Saya baru tahu pasal video dia tadi dengar adik bersembang dengan sepupu saya. Terus bertubi masuk mention. Sakit hati betul. Selama ni bila saya mengantuk takde pun yang nak reply saya, bila mata dah makin pedih kemain manusia ni semua. Siap manusia mana-mana tak pernah kenal pun gelakkan saya.

Dan sekarang saya dah melarat dok bbm dengan Lya, dari mc 5 hari dah masuk ke mc16. Ni nama band. Ha sat gi tak tahu la apa kami sembang pulak. Sebab sejak raya ni banyak hari takde bermesra. Ada la dalam 3hari agaknya. Status bbm sekarang dah masuk pasal Bandi Amuk. Layannn.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

4 comments:

Lya said...

1) jawapan2 ni kau ingat free ke?
2) a'ah kan tak pernah plak aku terpikir nak gelakkan kau. jujur betul aku ni dalam berkawan kan? hahahaha
3) mermaid pun tak wujud camne nak buat kajian? tapi aku selalu musykil macam mana ikan guppy aku romen. dok berenang2 tetiba anak ikan penuh aquarium
4) bandi amuk bila potong rambut jadi comel bai.

Dzulaikha said...

x wujud tp mesti ade kisah die. mcm naga, x wujud jugak kn? tp naga bertelur. kan ade telur naga. haaaaa

Lya said...

aah.. aku pun pernah nampak unicorn beranak. dia buat c-section.

Dzulaikha said...

kau nampak mane? bak mai link. kuda betul beranak pun aku x tau camne.