Friday, August 17, 2012

Raya dah dekat

Raya nak dekat oi. Lusa je kot. Apa ni semangat raya gua tak mai lagi. Haaa sekarang ni selalu sangat adrenalin lambat sampai. Tanda-tanda penuaan ke apa ntah. Dengan rumah ni pun takde lagi beriye berhias. Semua malasssss. Kuih raya semua kitorang beli. Jujur la weh, aku memang tak reti buat cookies ke apa ntah, Mak pun sama. Haaa senang kan beli je. Duit raya ada la singgit je bagi nanti. Dengan harapan siapa yang dapat akan mendoakan kemurahan rezeki aku. Hehe.

Tahu tak, sebenarnya aku takde apa sangat nak cerita. Tapi gaya sangap nak post entri hari-hari kemain teruk. Ini lah bila dekat office tu semua boleh access. Eh aku dah cuti harini. Heeee. Naik kerja balik on 27th tapi rasanya masa tu nak cuti lagi sebab aku dapat interview kerja. Macam berharap sangat dapat offer kerja situ. Harap-harap ada rezeki.

Dah la, selamat hari raya semua. Maaf zahir batin. Ini betul-betul mintak maaf sebab slalu minta maaf tapi nanti buat lagi. Hopefully lepas ni tak minta maaf pun takpe sebab dah takse dosa sesama kita. Haha boleh kan camtu.

Boleh tak nak up entri pasal cerita bertunang haritu walaupun dah basi?


No comments: