Friday, August 24, 2012

Soalan lagi (selamat ketiga hijrah)

I haven't seen my *ehem* fiancé for almost 2 weeks. Raya oi, tapi tak jumpa lagi. Takde la sedih ke apa, biase je. Tapi asal orang datang je, "tunang kau mana?" "Tunang kau dah datang?" "Bakal mak mertua dah datang raya tak?" "Dah pergi raya rumah bakal mertua?". Amboiiiii.

Bila soalan camni datang tak rasa nak jawab pun sebab rasa over je tau. Konon pemalu. Hikss. Ini betul, nanti kau tanya dekat Mak. Even ada a few friends yang siap "eh kesiannya tak jumpa lagi, dah la raya." Ewah takde kesian pun, kau ingat raya ni aku takde family. Haha. Si Raihan pun lagi tak kisah mana sebab dia dah kena kerja dah.

Takpe, esok malam ada rezeki kita jumpa ;)

Oh dan lagi 1, aiyaa 5 syawal dah lepas, harini dah 6 syawal. And yeaayy sebab cukup 3tahun hijrah. Mentang-mentang anniversary dia bulan raya memang senang nak ingat. Cuba bulan rabiulakhir ke, rejab ke apa memang tak la. So tahniah untuk kita. Dan esok genap 35 bulan. Tahniah berganda untuk kita.

Ye aku tahu banyak sangat ulangtahun ke apa kan. Tak kisah la nak meluat ke apa, takmo baca. Aku dok ingat semua ni supaya nanti bila dah kahwin mesti seronok nak celebrate semua ni, reminisce semua hal yang jadi. Poyo ah nanti nak cakap setiap hari lepas dah kahwin hari special. Mesti ada masa kau rasa nak bakar rumahnya, jadi tetapkan hari dimana kasih sayang saje yang terpancar walau rasa nak pecahkan pinggan mangkuk. Hari yang diharamkan pembakaran terbuka. Romantik betul aku kan? Auww


*raya tahun ni paling banyak soalan. Nanti up lagi entri pasal soalan lain pulak. Maaf atas ketelanjuran menulis dengan kerapnya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

Lya said...

"hari yang diharamkan pembakaran terbuka"

hahahah nais! aku setuju