Thursday, August 23, 2012

Syawal 1972

Aku baru sedar tahun-tahun lepas ni siap ade entri pre and post raya. Perghh gigih betul. Secara tak langsung bagi idea jugak dekat aku yang sangap nak blog tapi tandus idea. Takpe tu nanti. 

Ini nak kisahkan cerita epik gilesss. 

Ini semua dapat dari group facebook family aku la. Gambar ni dekat rumah dekat kampung. Ini raya mereka masa 1972. IT WAS 40 YEARS AGO MANNN. Kaya betul arwah Atuk ada kamera. Rumah kami sekarang ni pun sejak kamera lama rosak takde dah harta bernama kamera. Nak bergambar satu family pun pakai handphone je. 

Hall rumah tingkat atas. kerusi tu aku rasa sampai aku besar haritu ada lagi. Langsir pun aku pernah tengok dulu. Bekas kuih tu pun ada lagi. Whoaaaa antik

Laman rumah. Sekarang dah takde dah sebab ada jiran buat rumah. Masa kecil sempat jugak la main pasir siap buat litar nak bagi kereta mini mainan tu lalu. Tu pokok manggis tepi tu sempat aku rasa buah dia. Ada pokok duku jugak dulu. Indah betul pokok buah tepi rumah ni

Kelas baju raya siap satu suit berstokin kan. Mainan pun main belon tu. Aku syak ini mereka ni memang anak orang kaya dekat kampung dulu. 

Kalau tanya siapa dalam gambar tu memang tak tahu la. Walaupun ada sorang dua muka macam muka adik sedara aku. Dorang ni muka memang sepesen. Macam mana muka anak dia, macam tula muka mak pak dia masa kecik. Nanti rajin aku kelebet balik album kat group tu tepek kat sini. 

Rindu betul kampung dulu-dulu. Bila raya tak meriah sangat lah sebab selalu jarang ada semua berkumpul sama. Rumah Nenek meriah terlebih bila ada kenduri, itu je masa semua balik. Memang tidur bersepah. Entah mana jantan mana betina. :p


Ini syawal 2012 with my beautiful Mak and Nenek. Tengok mana dapat baka muka kembang. Haaaa

Nenek dah tak sihat sangat macam dulu. Dia cepat lupa, kadang-kadang tanya soalan yang sama 2 3 kali. Solat pun sampai 2 3 kali jugak. Bagus betul macam tu. Aku takde la manja dengan Nenek sebab Nenek ade beratus cucu, berpuluh cicit. Mana nak datang manja kalau ramai macam tu. Ajaibnya la walaupun dia lupa apa dia buat, tapi dia tak lupa langsung nama semua anak, cucu, cicit dia. Dia boleh panggil sorang-sorang tak salah pun. sedang aku pun tak ingat nama anak yang tu, yang ni. Hebat. 



Jangan lupa puasa enam. Aku pegang puasa ganti boleh sekalikan dengan puasa enam walau ada ustaz yang bercanggah. Mudah, hihi tapi mintak-mintak sempat la nak habiskan. 
.Jadi hari detox saya bermula esok insyaAllah.


No comments: