Saturday, August 18, 2012

Tiga tahun Hijrah

Aku tak tidur lagi, gagah tahan mata sebab baru lepas mandi. Rambut basah. Tak elok tidur kalau rambut basah. Nanti rambut rosak. Bila dah mula bertutup kepala lagi kena jaga tau rambut kita. Bagusnya rambut tak kering sebab tak direct kena matahari, tapi tak bagusnya rambut kita tak berapa nak bernafas. Jadi yang mana yang boleh buat nak bagi rambut tu cantik, kita buat la. Ah kemain aku bagi rahsia kecantikan. Padahal kan rambut ni sekarang tak seindah dulu pun tau. Haaaa sudah. Tukar cerita.

Awak tau tak, saya lupa sebenarnya bila masuk ramadhan, takyah masuk sangat sebab jadinya bila nak keluar. Sebenarnya ramadhan tahun ni buat saya dengan Raihan kenal dah 3 tahun. Hihi. Jangan tanya hari yang ke dua puluh berapa ntah, sebab segala timeline kisah ini saya rasa saya serah pada Raihan. Itupun kalau dia simpan segala. 

 Hish lupa dah gaya nak taip entri meleleh jiwangnya. Sebab saya malu. Duhh aku terbaca entri masa yang satu dulu, hoi apa ngarut sangat kau ni Ika. Takde kemaluan ke apa dulu. Hishh

Pendekkan kisah, semoga ada lagi ramadhan seterusnya untuk kita. Bla bla bla bla. Sekian. 


No comments: