Wednesday, September 5, 2012

Faculty of Love 1

Aku agak berat nak cerita kisah ni, berat sebab rasa macam eh nanti kalau cerita dah gaya menunjuk ke apa. Takpun yela, kite punya plan macam-macam, tapi kita manusia, hidup semua diatur tuhan. Nanti takut jugak apa yang dirancang tak jadi. Alaaa sedih nya. Mintak dijauhkan la semua tu. Tapi aku decide nak post jugak sebab 

1) bila memikirkan tahap sangap nak berblog padahal takde cerita. 
1) keadaan dekat office yang tersangat "busy" lagi la membuak nak tulis. 
1) sebab rasa kalau tak tulis nanti tak ingat, kenangan manis selalu susah nak ingat. Yang busuk senang je.
1) aku cuba sehabis daya cerita pasal majlis bertunang, bukan si pentunanger dan pentunangee

Point yang last penting supaya aku sedar dan tak melebih.  

Fuhh kemain panjang nak clarify niat. 

Bismillah 

Kisah pun bermula. 

6 Mei 2012, Raihan datang rumah. Raihan datang bersama keluarga. Ayah, Ibu, Akak, Abang Zidi and si kecik Qisya. Aisyah dalam perut Akak pun wajib la dikendong sekali. Datang dengan niat nak merisik. Ini takde dalam list aturcara untuk menuju gerbang perkahwinan kita, tapi last minute masukkan. Nasib semua ok. Decision nak datang pun dibuat sehari sebelum kejadian masa tu kitorang satu family nak pergi PWTC ada book fair (acara tahunan keluarga Pak Munir). Di hari kejadian tu aku tak join sekaki discussion mereka sebab aku sibuk sangat dekat dapur, padahal  sebenarnya buat air je. Entah apa aura bibik datang masa tu, terus rajin kemas dapur. Lagi pulak aku serah semua dekat Abah je so tak rasa nak menyibuk sangat pun. Dan kalau tak dengar pun aku rasa tahu je apa dorang bincang. =P

Habis sesi risikan, Alhamdulillah lega rasa. Cincin sarung sendiri je, ala tapi jari tak muat. Fat finger, tu la selalu typo. Tetibe. Gambar hari kejadian sekeping pun takde kecuali yang bawah ni selepas beberapa hari. Semangat snap nak tunjuk pada rakan bbm 
Ini cincin yang aku dapat hasil risikan pihak sana. Sayang banyak ni sebab besar. Haha

Tamak kisah risikan, ini kisah nak bertunang.


Nak cerita pasal feel rasanya biasa je, masa baru-baru tu excited cerita dekat kawan-kawan. Bila dah lama makin dekat dengan date dia tak dan nak sibuk-sibuk pasal hal bertunang. Masa tu kerja manjang balik lambat. Lagi pulak semua hal kenduri bagi Mak Abah. Aku dok jemput kawan-kawan je. Pasal tetamu biar Abah ajak siapa dia nak. Sebagai anak yang bakal bertunang, aku takde buat apa sangat. Feel nervous ke excited ke pun lambat sampai. Haritu ada buat entri pasal Abah offer hadiah kan, so aku consider ni hadiah. Bila Abah offer nak buat itu ke ini ke, eh kita terima saje la. Nama nak keluar duit sendiri memang tak lepas.

Walaupun ada la a few things yang macam ala tak sukanya, ala taknak macam tu, tapi lega semua dah lepas. Masa ni la baru kena betul-betul redha dengan apa je. Lagi-lagi bila apa kita nak tak dapat. Alahai kuat kan jela hati kena suka apa kite tak suka. Ini baru majlis bertunang. Kalau kahwin nanti lagi la macam-macam kehendak. Nak susun lurus kehendak masing-masing kemain susah. Abah macam ni, Mak macam ni. Masuk sedara sana sini memang habis. Nasib baik masa majlis ni semua ok. Semua boleh control lagi. Get ready jela dah masa prepare hal kahwin nanti. Bukan nak jadi pesimis, tapi ye nak suruh hati ni ready je untuk semua. Dia punya pressure confirm berganda ni. Apa yang penting KERJASAMAAAAAA!! Nanti aku cerita apa yang buat aku redha dan bersyukur dengan segala hal.

Mulanya aku plan nak buat kecil dan simple. Ikutkan takde pun nak ajak ramai orang. Lagi-lagi bila kita pun baru kerja. Faham-faham jela kan. Tapi bagi aku la apa yang jadi tak de pun kecil mana. Lagi-lagi bila Abah dengan Mak mula bersuara. Haa nampak mana muncul konflik. Hahaa

Cerita masa pasal preparation majlis aku up nanti. Panjang sangat kisah dia. Lek lek dulu.

Amaran awal yang aku letak kat hujung ni, keseluruhan kisah ini ada 3 parts. Aku dah habis daya nak cut part mana yang tak penting tapi tak boleh =')



2 comments:

Miss Yaty said...

this wat i waiting for..eh tetibe skipping..hehe..

:')

Ika D said...

weeee, malu kite ;)