Tuesday, September 11, 2012

Faculty of Love 2

Jadi macam dalam entri sebelum ni, mana kita plan nak buat kecil je tapi Abah tak berapa setuju sebab masing-masing ramai sedara, Abah pun rasa tak seronok nak buat kecil so tu yang jadi macam haritu. Kisah dia banyak sangat yang jadi.

Untuk kenduri part paling penting adalah makanan. Tang makanan semua mula-mula memang nak panggil caterer dengan bajet sekian-sekian. Sebab Abah insist nak jugak buat kenduri hari Ahad, memang takkan ada orang yang rajin nak tolong masak ke apa plus aku pun tak rajin nak mengemas di kemudian hari. Tapi dalam 2 minggu sebelum kenduri Maklong dengan Maktam datang rumah, dorang offer nak masakkan lauk-pauk semua dekat rumah Maklong. Dannn rumah dia tu dekat kampung kite okayy. Ya Allah terharu betul. Sebab tak sangka pulak dorang semua sanggup nak tolong sebab dah jauh kan. Rasa serba salah pun ada tapi sebab bayar caterer mahal so terima jela dengan tangan terbuka. Hihi tetamu pun memang akan ramai so paham la berapa belanja dia kan. Aku agak risau tang ni sebab aku rasa kos untuk caterer almost half dari total kos. Lepas tu kita mesti nak bagi yang the best sebab nak jamu semua makan. Bila dorang dekat kampung sudi nak tolong rasa best gile. Banyak la dapat cut cost. Untuk canopy pulak, Abah ada kawan yang ada business ni so senang jela. Special discount plus siap sekali dengan scallop purple segala. Kita tak mintak pun. Alhamdulillah =)

Untuk hantaran, ini macam risau sebab kena keluar duit sendiri. Haha. So plan dia adalah nak bagi makanan sebanyak-banyaknya sebab takde bajet nak beli handbag la, ipad la, blackberry la, haha. Tapi sebelum majlis tu, untuk hantaran semua takde la bermasalah sangat. Sebab sedara kita ramai pulak nak sponsor. Wahh bahagia. Sudahnya satu dulang je aku guna duit sendiri. Hihi. Itu pun kan dulang dah penuh ada lagi yang call nak sponsor jugak. Seronok. Untuk hiasan apa semua Mak dengan Mama rajin dah siapkan awal-awal. Sikit-sikit Allah turunkan rezeki. =))

Satu lagi hal yang perempuan akan risau terlebih adalah baju. Nasib la sebab sedar diri so aku takdelah nak demand beriye bagai. Hihi tapi rezeki la sebab baju bertunang pun Akak yang punya kain so takyah buang masa nak pergi cari lain, tinggal nak buat baju je. Dah pulak mahal gila ye kain lace apa semua. Lega. Jadi kain tu diserah kepada Maksu dan Ateh aku yang juga reti menjahit. Jimat banyak dan takde nk susah hati beriye =)))

Dan untuk pelamin sama make up kan, ini lagi last minute punye. Tetibe jela Mak cakap Abah bagitahu kalau nak pergi jela survey. Mula-mula macam taknak, lepas tu nak pulak. Ewahhh. Tapi ni tak susah mana sebab  aku ada jiran merangkap Mak Usu Abah yang jadi mak andam. Siap Ada butik segala. Lagi la senang. Tunjuk jela macam mana nak. Mekap semua Usu yang buatkan. =))))

Dan ye, satu lagi hal last minute syndrom bila mana kau akan mula demand macam-macam. Beberapa hari sebelum majlis aku tetibe gatal nak hand bouquet bagai, terus bbm Lya. Lya cakap tempat dia ada jual fresh flower murah. Pagi-pagi Sabtu dengan Ema dengan Oya terus pergi TTDI. Weeee seronoknya. Lya pun offer buatkan pulak. Mula-mula takut warna bunga ni tak lawa tapi lebih dari puas hati bila tengok lawa camni walaupun bunga dah kembang telebih. Haha. Ailebiu sayang.

Satu lagi hal aku beriye betul nak stick mustache bagai. Nak beli tapi entah mana nak dapat ntah. Sudahnya DIY je, tu pun malam sebelum majlis tu dengan diketuai Kaklong semua adik sedara pakat-pakat buatkan. Mula-mula aku risau takut tak sempat siap sebab last  sangat nak tapi yeayyy dapat jugak. Sebab sebelum tu beriye dok google mana nak dapat stick mustache. Mahal tau tak. Ni buat sendiri boleh dapat berpuluh batang, siap ada yang bawak main lagi. Tapi masa hari bertunang tu takde pun beriye guna. Heh

Lain hal pasal photog ke apa, aku request kawan sekolah aku je tolong. Hadi dengan G. Memang takde segan ke apa jadinya Hala camera je aku sengih.


Ini jadi malam sebelum kejadian. Kemain la bapak-bapak orang. Mak orang takde gambar kerana aurat terdedah. ;p

Seperti biasa, gaya kitorang kalau ada kenduri memang sakan sungguh. Siap karaoke bagai. Lagi-lagi bila karaoke set semua ada. Siap projektor, pancarkan je dekat didnding luar rumah. Abah gua terus jadi rockers. Malam tu siap kenduri durian bagai. Syurga. 

  
Part of the hantaran. Sayang pulak takde gambar seketul-seketul

Usu, tanggungjawab dia la semua ni. 

Rasa seronok bila keluarga meriah macam ni. Walaupun kadang-kadang leceh pulak bila banyak bunyi. Haha. Dan sesungguhnya aku tak sabar nak tunggu nanti bila keluarga belah Mak gabung dengan keluarga belah Abah. Perghh


The whole process ni tak susah mana sangat, kadang-kadang mental je kacau sikit. Nasib ada Tiqah jugak. Muahh3.

Ok dah, kau tunggu part 3 yang aku pun tak tahu apa aku nak kisahkan lagi. 

4 comments:

tiqah said...

Dalam panjang2 entry tu, hujung je ada nama aku? ;p hahaha. Muahhhhh gak.

Ika D said...

haha sebab tak tahu nak selit kat mane. thank you :)

Eekin Mutalib said...

bestnyeee!! Jimat betul awak... seronok plak bace wlaupon pnjang,..hahaha

rean said...

cepatla,,kami x sabar nk tunggu episod seterusnye