Saturday, September 29, 2012

Keliru

Sabtu, last week of September. Duduk rumah during weekend dah tak jadi hal sejak dah kerja. Duduk rumah during weekend walaupun gaji dah masuk buat kaki berat nak melangkah sebab risau duit ke mana. Dah tak rasa nak dating bila weekend. Aku dah besar kan?

Isnin sampai jumaat kerja. Penat. Kerja aku tak penat mana sebab tak de banyak kerja pun, tapi travel hari-hari dari rumah ke office, jumpa ramai orang, hadap kerenah manusia yang pelbagai kaum dekat Malaysia ni. Itu yang penat. Lemas kadang-kadang.

Hujung bulan gaji masuk, syurga. Itu dulu, zaman tak reti nak menyimpan. Sekarang, bila lebih separuh gaji kita simpan lagi la rasa duduk rumah lagi bagus. Keluar mana-mana tengok bukan-bukan buat bagi idea nak membazir. Nak beli apa-apa sekarang semua kena filter, fikir 2 kali. Kalau tak perlu jangan beli. Kalau perlu pun fikir lagi kalau tak beli takpe ke. Leceh fikir hal duit.

Hal nak jumpa Raihan, dah bosan dengan tempat dalam KL ni. Entah ceruk mana nak dating lagi pun entah. Dari tempat beraircond sejuk sampai celah lorong tikus diajak pergi pun bukan dia nak. Aku kalau dia ajak tengok wayang ke apa, alahai malas. Membazir aku kata. Dekat office tu nak download apa movie free je. Kecuali ada weekend yang dia nak ajak berjimba dengan ramai orang. Itu aku suka.

Sekarang, selain bbm dengan Tiqah sambil mengadu hambarnya weekend sebab aku ada kerja kena siapkan. Tiqah jauh nun kat Temerloh. Bbm dengan Lya jugak, sibuk ajak jumpe Sina. Haihh tapi malas nak keluar. Dan dalm masa sejam ni mesti aku menyesal tak ikut dia. Raihan for sure melepak dengan budak-budak dia tu, menyesal jugak tolak offer dia tadi tapi semua sebab risau dengan kerja. Erma pun mesej ajak lepak dengan Oya. Tengok, bukannya takde life pun tapi aku sengaja je nak hidup tanpa sosial.

Hari cuti kali ni la hari bermalasan paling teruk sekali. Rasa emo duduk sorang-sorang dalam bilik dengan kerja, menyesal angkut file bawak balik. Sekarang dah rasa nak hiburkan diri tapi malas nak bergerak. Apa kesudahan si pemalas ni entah la. Diri sendiri pun keliru. Sedar diri tengah stress dengan kerja, sedar diri dah emo sebab sorang-sorang, tapi bila ramai ajak berjalan taknak. Malas katanya.

Hai, saya Ika. Saya sedang PMS. Sekian.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: