Monday, September 3, 2012

my man

Kalau tanya sayang Abah ke tak, mestilah sayang. Dikala usia tua macam ni, apa yang Abah buat rasa macam Allah tak seronoknya dah besar. Rasa macam kena ke kahwin, nanti Abah jauh kalau sakit macam mana. Cakap pasal sakit, itula reason blog I berpuasa. Aku longlai nak update blog haritu. Seksa sikit sakit kali ni sebab nikmat makan kena tarik. Perut manjang tak selesa. apa yang masuk semua keluar balik. Ni lepas seminggu baru rasa macam ok sikit la.

But the beautiful part is, aku ada Abah. Dari kecik, bila sakit selalu cari Abah sebab Abah pandai urut. Badan ni pun dah manja asal sakit je kena urut. Mak tak rajin sebab nanti Mak cakap tangan Mak penat. Abah tak pernah. Hehe. Dan haritu pukul 3 pagi aku dengan Ira bangun serentak sebab masing-masing longlai, cepat-cepat cari Abah. Abah bagi makan kurma. Hish itupun kurma tak lama dalam perut. Laju je keluar. Kaki sampai cramp ulang alik ke tolilet, hulur kaki dekat Abah jam 4 pagi mintak urut. Heaven.

Lepas subuh, mata tak boleh tidur sebab kepala dah sakit, angin dah merata. Mintak Abah picit kepala. Lebih setengah jam Abah tenyeh beriye kepala. Sedap betul. Bila dah ringan macam tu tidur lena tak ingat.

Tapi risau bila fikir nanti kalau Abah jauh macam mana. Kalau terjaga tengah malam nak mengadu dekat siapa, sanggup ke orang tu bancuhkan air, tolong urutkan, bila sakit kepala picit kepala sampai teridur. Dulu masa kecik tapak kaki selalu gatal, merengek beriye siot mintak abah garukan sampai tertidur. Mengade tak hingat. Ohoi awak, sanggup ke? Kalau tanya sah-sah la jawapannya sanggup!! Tapi nanti bila betul-betul jadi sanggup ke? Ahhhhh gua rasa nak hidup dengan Abah sampai bila-bila. Tak sanggup.

Otak dah mula rasa rindu dengan rumah mengenangkan apa yang bakal jadi nanti

No comments: