Monday, October 15, 2012

4wd adventure - Lata Berembun, Raub

Sabtu lepas aku dengan 8 orang umat manusia lain pergi Raub. The best trip ever la. 

Plan macam ni mula dengan borak-borak kosong dengan Mira, dia dah sangap nak buat outdoor aktiviti. Dah nama cik puan komander, aku pulak jenis teringin je nak buat semua mende. Dari situ la asal ada masa je sibuk cerita nak buat tu, nak buat ni. Sampai satu masa tu aku terbaca dalam paper pasal trip orang pergi Lata Berembun naik 4wd. Bukak suggestion, google pakej apa semua. Lepas tu terus suruh Mira call and arrange semua. Mula-mula 5 orang je nak pergi. Seminggu sebelum baru aku rasa hambar gile kalau 5 orang je. Bukak invitation dekat ramai orang, dapat cekup 4 orang lagi. Ok cun dah 9 orang. Dalam 9 orang ni masing-masing pun belum kenal each other lagi. Risau awkward je nanti, tapi layankan jela. 

Gerak 2 kereta. Dalam 8.30 la kot baru betul-betul bergerak secara rasminya. Driver adalah Mira dengan Rosal. Hoiyahoi bawak kereta macam ape je. Patut sampai 10.30 tapi pukul 10 dah sampai. Dari pekan Raub nak ke Jeram Besu ada dalam 20 minit. Parking kereta dekat situ, tukar uniform semua. Hari hujan pulak, risau sikit. Beg-beg semua bungkus dalam plastik sampah sebab taknak basah. Aku agak risau sebab bila hujan nak masuk area sungai ni macam bahaya, tapi berdoa sangat tak jadi pape. 

Bila dah naik atas 4wd tu terus hilang cuak, adrenalin merembes kaw-kaw punya. Best gile wa cakap lu. Trail dia memang kalau tengok rasa nak menangis sebab takut tapi menjerit suka pulak yang keluar. Dekat sejam jugak atas 4wd tu. Sebab kitorang 9 orang so ada 2 4wd. Aku terselit dengan jejaka badan besar, Raihan, Aidil dengan Rosal. Sempit oi. Yang 4wd lagi 1 ada Hadi, Tiqah, Mira, Pady dengan Lyd. Yang gadis berdiri dekat belakang, Hadi kena duduk depan. Dorang punya lapang sebab semua slim je, kalau lalu ada pokok ke apa siap boleh elak-elak camtu je. Yang kitorang ni kena duduk tunduk sebab nak elak kiri kanan memang takde space. Paling kesian Raihan dengan Aidil sebab life jacket singkat, bila naik tu pinggang memang terlanggar palang besi 4wd tu, memang cedera la jadi dia. Nak tolong kesian tapi tak mampu sebab kelakar sangat. Rupa dah macam pelarian dah. Hadoi aku taip ni pun gelak sorang-sorang dah. 

Trail 4wd dia memang menakutkan, dari lereng-lereng bukit, cerun-cerun, hutan tebal, jalan batu, jalan tanah merah semua ada. Aku rasa semua orang tak expect macam tu sekali rupa dia, ingatkan biasa-biasa je kan. Mula-mula tak faham kenapa kena pakai life jacket, takkan la 4wd tu nak menyelam ke kan, rupanya sebab bila kau naik tu badan semua ak terhentak-hentak dengan besi atas tu. kalau pakai life jacket tu ada la protections sikit. Bila dah sampai atas tu hujan still tak berhenti lagi, agak risau nak mandi sebab takut kepala air turun. Tapi ajaibnya air sungai dia tak nampak deras. Kalau nak mandi memang boleh sangat la. Lepak dekat atas tu dekat 4 jam. Rasa macam lama je sebab hujan lebat, agak spoil sikit la, sebab semua orang muka geram nak terjun. 

Air sungai dia sejuk sangat-sangat. Kalau dah bercakap pun mulut berasap so boleh imagine la macam mana bekunya air dia. Tapi dalam sejuk-sejuk tu kalau tak berendam memang sia-sia la. Datang jauh-jauh setakat nak tengok je kan. Rugi. 

Nasib baik plan nak bbq jadi, so dengan arang yang ada tula semua orang panaskan badan. Macam dengan London je gaya. Dah dekat pukul 4 petang baru siap-siap nak turun, sekali lagi kena naik 4wd tu. Yeayyyy. Semuanya best kecuali part pokok duri-duri tu. Banyak sangat sampai kena banyak tunduk sebab taknak duri melekat. Itu pun ada je yang singgah-singgah masuk dalam baju. Memang rimas gile jadi nya. Tapi Rosal yang hidup dalam alam fantasi, gagah dok rekod video, macam-macam filem dia buat. Dari cerita perang hikayat zaman purba, ke perang dengan alien, ke cerita kahwin lari. Penat gelak weh. Ajaib betul aku takde nak mual-mual ke apa.

Overall ni memang the best trip ever la. Yang lain pun semua satu kepala. Memang best. In fact sekarang ni tengah gigih survey tempat untuk next trip. Weehooo. Tak sabar nak tunggu bulan depan :D


The best partner ever
Spec Raihan sihat sejahtera lagi masa ni. Bila sampai dekat atas habis pecah
Ini belum sampai jalan yang membunuh lagi
Ha nampak mereka dah mula kalut. Kesian yang badan besar tu, mulut pot pet je sebab sakit



Aku macam bersyukur sebab semua jalan lancar. Hujan-hujan pun tapi still semua orang enjoy. Aidil si diva siap cakap kalau boleh next trip nak kekalkan orang yang sama jugak. Baca ye kawan-kawan, Aidil tu banyak songeh tapi boleh cakap camtu. Raihan pun sama. Dia ni aku tahu bukan beriye nak pergi tapi sebab aku yang beriye nak pergi tu dia ikut je. Balik tu berapa kali ntah dia cakap best gile, seronok, dia pun bagitahu kalau ada trip lagi nak dengan budak-budak ni lagi. Dan sebenarnya aku dengan Raihan macam plan nak pegi lagi sekali, sebab dekat atas tu boleh trekking nak pergi port air terjun yang lagi best. Hari tu hujan, tak berani nak naik.

Gambar yang selebet-selebet atas 4wd ada dekat Pady dengan Rosal. Gambar yang ada ni belum menggambarkan real situation lagi.

Ahh bila baca balik, tak menggambarkan kegembiraan puun. Tapi serious best gile nak mati. Kalau dapat video dari Rosal tu aku try upload.

4 comments:

rean said...

hahhhhh,daebakk!!!!!

mmg terbaik wei,,,jom next trip..semua kumpul duit!

Ika D said...

lepas seminggu mesti hilang excited dah

NoorNazmira said...

sakit perot aku baca ayat ko..haha. Ahh next trip make sure mnjadi jugak. Kalo bterusan baru sihat cmni.

Ika D said...

aku nak buat lg ni, tp esok pagi la. upload gmbar pady lak.

up next is hiking!