Thursday, October 11, 2012

Bank

2 3 hari ni naik menyampah dengan bank, lagi-lagi customer service punya department. Haihh iyela kita pun paham la awak tu mungkin penat layan customer, dah aku pun penat jugak nak kena hadap kerja. Memang berkandang babi disebut 2 3 hari ni.

Lepas tu satu hal lagi, sekarang ni dah trend kan bila ada yang sakit, lepas tu akan buat 1 page dekat facebook nak mintak sumbangan. Bagus. Ingat dulu masa anak Fynn Jamal tu. Aku ikut betul-betul situasi masa tu. Bila duit dia cukup rasa seronok sekali, nak menangis pun ada. Tapi ada satu hal bila saving account rupanya ada limit nak terima duit banyak-banyak. Kata bank takut entah dia buat business apa ke ntah kan semua dok nak bagi duit ke akaun dia. Nak marah bank pun dah orang bank pun buat kerja dia la kan. Bila dah jadi macam tu, bank block akaun tu. Susah dah orang lain nak bagi duit macam tu. Dah la nak pakai duit secepat mungkin. Kita cakap pasal nyawa. Nyawa anak orang. Tapi untunglah Fynn tu ramai kawan, ada la ex bf aku, Noh Hujan tu baik hati bagi pinjam current account dia yang rupanya takde limit pun amount duit keluar masuk. jadi selamatlah Arjuna Bakti dibedah.

Pagi ni aku baru tergerak nak baca pasal Adam Syukri, baby yang katanya lahir tak cukup oksigen. Semalam dekat twitter Wardina ada tweet, mama Adam ni kata nurse tu kurang ajar, "buat sedap, teran taknak. nak baby kau takkan hidup". Adoi sangatlah babi kan. Dah kisahnya, baby tu sekarang dah sakit. Tak sampai hati nak tengok gambar dia. Kesian sangat. Kalau bukak facebook page dia ada la jugak dia bagi nombor akaun untuk bagi sumbangan. Tapi tak lepas nak transfer ke apa, sebab bank kata account is not authorised. Aku rasa itu saving account la kot. Sekarang macam mana? Family Adam ni bukan somebody ke apa nak ada geng-geng artis tolong kan?

Aku rasa la, bank dah kena buat satu department untuk hal-hal macam ni. Ada consultant yang tolong orang-orang yang nak kan bantuan ni. Tak semua orang tahu saving account ada limit, dan tak semua orang ada current account. Yela aku pun mana tahu ape ntah beza dua-dua ni. Dok membebel atas ni pun dengan penuh emosi tanpa info yang tepat sangat. Aku tahu. Ah dah la, entah-entah bank ada je buat department untuk ni. Aku je yang tak tahu kan. Ok bye


No comments: