Wednesday, October 10, 2012

Bulan 4

Lepas mengecewakan Lya yang inginkan teman untuk lunch (padahal dia nak lari dari colleague dia), aku baru teringat harini dah 10hb. Eh iye la, 10 kan konon angka keramat. Phuiii khurafat nak percaya mende-mende keramat ni. Date harini la kan dah masuk 4 bulan dah bertunang. Kemain itu pun nak update. Eh yela, awak tahu haritu 25 September, kita punya 3rd anniversary saya tak update pun. Hewhewhew.

Sebab dah 4 bulan berlalu so plus minus 7 bulan je ha nak ke tarikh tu tu. Tanya preparation, hah baru book photog je, sebab photog ni dah jadi idaman sejak 2 ke 3 tahun lepas. So once dah set date, laju je aku set appoinment dengan photog tu. Lain-lain preparation semua baru la dok main listing kan tempat tu, tempat ni. Tu la dah kena book banyak lagi kan. Start minggu depan lah. Sebab minggu ni serabut rasa.

Tinggilah harapan semoga semua berjalan lancar. Takde nak konflik berat-berat sangat lah, taknak bergaduh sakan, taknak dapat barang dengan harga mahal, taknak duit habis dan segala yang buruk-buruk semua taknak. Dan semoga kita berdua dapat fitkan badan sekaligus mengempiskan perut. Amin.

Cita-cita aku sebenarnya nak publish part3 punya trilogi kisah bertunang tu, tapi kita bawaklah ke lain waktu.



No comments: