Wednesday, October 31, 2012

Gatal

Semalam serabut gile, sebab ingat application untuk buat master dekat UiTM dah tutup. Rupanya bukan semalam. Tiqah cakap closing date dia 30 November. Cis, agak penat jugak beremosi semalam. 

Lepas tu nak cerita pasal gatal. Gatal ni bukan setakat gatal miang yang bagi merah badan tu, ada jugak gatal yang miang nak berpasangan tu. Kemain ayat aku, bertapis betul. Dan sebenarnya ada pelbagai lagi gatal. Contoh dialog 


Situasi 1

Ika: Mak, orang malas la nak study. Rasa macam nak kahwin.
Mak: Eh kau ni apesal gatal sangat. Belajar tak habis lagi dah gatal nak kahwin


Situasi 2

Ika: Mak boleh tak kalau nak postpone kahwin dulu. Rasa macam nak buat master dulu la.
Mak: Eh kau ni, gatal betul la. Dulu gatal nak kahwin. Ni dah dibagi kahwin kau gatal nak belajar pulak.



Nampak tak? Ayat macam lebih kurang tu tapi situasi tu memang berlawan habis. 

Kisahnya aku nak sambung study lagi, tapi tula mana nak kahwin la, nak study la. Sepatutnya nak apply yang previous intake tapi masa tu suntuk sangat, lepas tu sibuk kerja lagi dengan nak siapkan preparation untuk bertunang. So hold la dulu. Tapi memang dah nekad nak masuk intake March 2013 ni la. Ni sekarang bila dah open dah belah bagi jadinya. Banyak dah dok bertekak sama Raihan pasal ni. Semalam berjaya la buat heart to heart punya meeting depan makanan, sebab dia kalau taknak kitorang bergaduh sampai ketuk kepala masing-masing memang kena buat discussion sambil makan. Bila masa makan ni kalau nak marah pun rasa ish tak boleh nak marah sebab ada makanan. Lepas dah discuss sambil makan, akhirnya keputusan diambil supaya jangan apply lagi la untuk intake yang ni. InsyaAllah ada rezeki masuk intake September next year jela. Cuma harap-harap momentum tu kekal lama lah.

Dan sebelum tu, aku dengan Raihan pernah ada meeting lagi jugak. Meeting pasal nak kahwin ni la. Selalunya bila dekat office setakat berbalas emel je discussion kitorang ni. Tapi takde pun final decision nak yang mana satu. Tu pasal kena buat meeting betul-betul punya.

Macam biasa la, meeting kena dekat tempat makan. Niatnya discuss dulu baru makan. Gagal. Makanan sampai je terus sumbat perut dulu.




we are very the serious you know. Siap ada minit mesyuarat segala.




meeting hari Jumaat, hari yang terlupa nak update fantasy.  mintak excuse 10minit nak kaji strategy and tactical plan. Dude, dalam league Acap aku on top okayy. Walaupun point tak setinggi yang lain. Haha


Last, season ni gigih gile tengok The Voice. Sebab rumah kita ada PVR. Kihkih record jela dulu, nanti bila free baru tengok. Lepas tu suka betul dekat Melanie ni. 
#TeamAdam












Cute, terus suka gila lagu ni. Entah berapa kali dok repeat ha.



No comments: