Saturday, October 6, 2012

Kerja kosong

Hai, hari ini hari Sabtu. Hujung minggu lagi. Minggu pertama dalam Oktober. Jadi aku di office. Blerghhh!

Tak boleh complain sebenarnya, sebab nama pun cari rezeki. Dari meroyan duduk rumah macam minggu lepas jadi kerja adalah bagus. Semalam boss aku yang namanya dirahsiakan mintak aku cari staff baru lagi untuk assist aku. Ok dia tak mention pun pasal assist, tapi aku nak jugak budak baru tu tolong aku sebab aku senior. Boss minta cari yang level sama macam aku, dan aku kalau boleh nak yang up sikit supaya tak bengap macam aku. Dia nak perempuan kalau boleh, tapi aku nak lelaki sebab biar pape hal boss marah dia. Plus being the only perempuan dekat sini buat aku senang. Taknak ah saingan. Skop kerja macam pelik sikit tapi itu nanti biar mereka cerita. Kerja mudah, sempat untuk download running man walaupun banyak kerja. Usah risau. Siapa-siapa nak kerja weh bak mai resume.

Dah, hal kerja tak boleh cerita banyak. Tadi aku baca blog Lya. Alahai sendu di dalam kalbu betul sebab dia dah nak kahwin. Cepatnya rasa. Risau nanti lepas ni bila pms takde siapa nak layan sebab Lya dah kahwin mesti kerja asyik mengandung je. Kot-kot morning sickness dia lagi teruk, mood swing pun lagi macam haram jadah. Aku rasa aku patut risau pasal aku, sebab aku memang tak rajin nak layan dia. Heh.

Pagi tadi Tiqah buat surprise kata ada dekat sini, eleh menyampah. Datang tak bagitahu. Jadi aku nampak dah perjalanan aku harini. Mungkin dating bersama Oh sebenarnya Taken 2 takde lagi dalam list perbelanjaan minggu ni sebab semalam aku dengan Raihan makan mahal. Dayyum.Tapi aku kena paksa Raihan paksa aku supaya tengok. Pisang takkan berbuah dua kali, dan supaya tak menyesal di kemudian hari.

Hah dah la, meraban entah apa. Sekian.


No comments: