Friday, October 12, 2012

Last minute game plan

Semalam, dari office dah flu macam haram. Hidung makin sensitif betul dengan asap rokok. dari pagi sampai ke petang tu dalam train dok bersin. Rimas. Konon balik nak cepat-cepat makan, makan ubat dan tidur. Semangat dok panaskan lauk tapi nasi tak panaskan lagi. Tengok ade roti canai, ok makan roti canai dulu sebab Mak masak kari ayam. Lepas tu nasi pun masak, ok makan nasi la sikit je, lepas tu tertambah lagi sikit. Alahai jahanam. Sebab ada sambal kentang, entah la seminggu dua ni hari-hari dapat sambal kentang pun takpe.

Pukul 8 lebih masa tu ade repeat The voice, dah tertengok. Dah la 2 jam kan. Dok dapur conquer tv sorang-seorang. Mak dengan adik nak tengok korea tu ha, to the beautiful you tak dapat. Tv depan Abah tengok bola. The voice habis pukul 10 lebih camtu, cepat-cepat makan ubat lepas tu terus padam. Tahu apa update pasal ATM langsung. Pagi tadi dalam train baca tweet kata ATM ke final. Whoaa naiss. Malam ni game Selangor. Oh yeahh itu la tujuan utama rambling ni.

Baru sedar menyesalnya tak beriye nak kirim tiket dekat orang, menyesalnya tak on je dengan plan orang yang ajak pergi, menyesalnnya bila orang tanya cakap aku taknak pergi kalau takde tiket free. Oh come on, real football fan kisah apa pasal harga tiket. Haha konon. Aku rasa la RM15 untuk game semi final ok lagi, tp rm40 untuk final macam mahal. Nak mark up pun double sudah. Teruk betul dorang ni.

Dan tadi, masa dalam toilet mula planning macam mana nak buat jadi plan nak tengok bola malam ni. Sebabnya semalam dah janji nak beli ayam untuk sabtu ni. Takut tak sempat nak kejar masa tengok bola. Tapi game plan kena bagus. Dah segala rangka rancangan dah diatur, jadi kita tengok la dengan strategi yang ada dapat ke tak nak tengok live malam ni.

Bbm balik mana manusia yang ajak tadi, bbm Aboy tanya balik rumah tak sebab mintak tolong bawak jeans dengan jersi. Aku pakai baju kurung pulak ha harini, ayu celah mana nak menjerit mencarut sakan dengan baju kurung dalam stadium tu.  Dah mesej Abah tanya kalau dapat tiket free jangan lupe roger. Gigih oi.

Tapi if worse come to worst, kata lah tak dapat, takpela. Sekurang-kurangnya aku dah tebal muka tanya semua orang dorang dah beli tiket ke belum. Jadi kalau gagal lepas usaha takpe lah. Takde apa nak menyesal.

Ewah colleague dekat office ni semangat pakai ringtone lagu bola selangor. Heiii doakan pleaseee.

Oh lagi satu, sebenarnya aku tertinggal wallet dekat rumah. IC apa semua takde. Duit pun pinjam duit Abah tadi. Haaa 

No comments: