Tuesday, October 16, 2012

Pengakuan

Aku ada pengakuan nak buat. Pasal kahwin.

Ye aku tahu, aku pun bakal kahwin nanti. Nanti yang bukan tahun ni. Ada lagi 2 bulan setengah nak ke bulan depan. Dalam 2 bulan setengah ni tahu tak ada banyaknyewwwww kawan aku nak kahwin. Seronok. Tapi cemburu!

Jadi itulah pengakuannya. Cemburu. Dengan Lya, Jijah, Joyah, Intan dan sebagainya. Malam tadi cakap-cakap dengan Raihan, bestnya dorang, bertunang sekejap je lepas tu terus kahwin. Kita bertunang dekat setahun nanti baru kahwin. Lepas tu bestnya jenis yang senyap tetibe dapat invitation dari dorang sebab nak kahwin. Ini lagi cemburu. Macam mana dorang boleh tahan rahsia tu sampai tetibe popp nak kahwin je dah.

Bukan nak kufur nikmat weh, saje je nak bagitau. Macam Jijah, dah la bertunang tetibe, tup tup bulan depan nak kahwin. Gila tak seronok aku. Tapi cemburu mesti la ada. Mengejut je dia, sedap dok bahan dia tetibe dia yang dulu dari semua orang.

Ala ini bukan cemburu tahap dengki nak pedajal orang. Ini jealous yang eh bestnya kan tengok orang kahwin. Lagi-lagi orang tu kawan kite. Kau, kalau pergi kenduri kahwin orang pun mesti rasa ee bestnya dia kahwin, nak jugak. Kan? Lagi-lagi kalau segala apa yang dekat situ lawa je kan. Mula la kutip ilham sana sini nanti nak macam tu jugak. Sama la kes aku ni ha. Cuma bila kawan-kawan sendiri nak kahwin lagi cepat dari aku, hish berganda cemburu. 

Tapi rezeki masing-masing. Alhamdulillah kan bila semua dah nak ada family sendiri, tetibe sekarang bukan lagi fasa nak mengadu problem dekat study, dengan kerja. Semua dah tahap ahh pening dengan preparation kahwin. Dewasa betul rasa. Ini sebulan dua ni tetibe ada jela ni lagi invitation kahwin orang ni. Mesti punye. Yang stock kawan baik nak kahwin ni pun buat pening jugak, hadiah sah-sah nak yang mahal nun dekat La Senza nun. Kopak aku. Kau tengok, hadiah pun kemain upgrade kaw-kaw punya. 

Seronok bila ada kesempatan nak rasa suasana macam ni, ada kawan yang boleh nak kongsi hal-hal happy. Tapi nok, dalam dia dok share tu makin menggunung cemburu aku. Tak sabar nak jugak macam tu semua. Harapnya semua berjalan lancar. Seronok sentiasa, gembira sentiasa. Hal kahwin ni apa yang tak seronok, kecuali bila takde duit.

Ini dari pagi tadi dok taip, kering otak aku.


2 comments:

tiqah said...

yg tak nmpk bayang ni lagi la jeles bergunung2. ;p

Ika D said...

aku dpt bayangkan.