Thursday, October 4, 2012

Taken 2

Tahu tak, dah dekat setahun aku tak tengok wayang. Hebat gile. Rasa tak urban langsung. Last movie Serlock Holmes ke Jack & Jill ntah. Lepas tu entah apa yang buat aku hilang interest nak tengok wayang pun tak tahu. Tapi rasa nya sebab tiket wayang yang mahal bersamaan sepinggan udang penyet kot. Kadang-kadang bila dah baik je beratur nak beli tiket nanti mesti tak jadi, tup tup masuk kedai makan. Betapa pentingnya makan.

Tapi sekarang, tak boleh tahan. Taken 2 dah release oi. Siapa tak ingat first movie Taken yang scene anak dia sempat jerit pasal mamat yang nak kidnap dia tu. Gua kena jugak pergi tengok ni, lepas ada banyak list movie yang gua pendamkan demi makanan. Taken 2 adalah wajib. Sebelum pergi kena makan siap-siap supaya niat nak tengok wayang kekal hingga depan kaunter. Walaupun pernah je dah depan kaunter tu kitorang cancel nak beli tiket.

Oleh itu tinggilah harapan supaya Raihan baca entri ni dan bersungguh-sungguh paksa aku, walaupun dia dah tak heran dengan aku dah sebab dah ada boyfriend yang ramai yang suke nak belanja dia tengok wayang. Dah la, tak tahu apa motif nak tulis ni dalam blog. Sekian.

2 comments:

HazeL said...

best tuu Rean sbb ade byk BFF yg sudi belanja...hmmmmm...jeles sungguh..

Ika D said...

kena la cari bff mcm bff die jugak. i pun jeles jugak tau