Wednesday, November 14, 2012

1434

Ada azam baru?

Aku jenis manusia tak berapa nak nekad sangat. Kihkihkih. Susah nak jadi manusia berazam ni. Cuma hari-hari berniat nak jadi muslimah sejati. Gitteww.

Harini last day of 1433, lepas maghrib sat gi masuk 1434. Semoga tahun baru ini membawa lebih barakah kepada kita semua.

Doa




Friday, November 9, 2012

Nakkkk

Ada satu lagi nak share.

Nakkkk

Omaigod minggu ni aku macam orang gile. Aku syak Tiqah dengan Mira dah habis bosan nak layan aku, Lya pun. Apa-apa yang aku jumpa semua nak cerita.

Pasal link dekat atas tu, kalau rajin belek la gamba photog ni, terbaik. Serious. Tapi tak tercapai dek bajet.


Freedom

Dah berhari fikir apa nak cerita, ada banyak tapi tak rajin. Jadi kongsikan cerita.

Baca ni FREEDOM!!!

Haha.

Serious kan, perempuan kalau nak kahwin kena pergi spa, buat facial, mandi asap-asap, manicure, pedicure, oh dengan pergi wax apa yang patut. Haha satu mende pun aku tak pernah buat and tak pernah terfikir pun nak buat. Hal-hal manjakan diri ni, (ye manjakan diri macam Rozita Che Wan cakap sebulan sekali mesti pergi manjakan diri) aku tak reti. Kalau ikut artis-artis ni manjakan diri nak bagi hilang stress. Aku kalau stress fikir makan. Tapi makan tu tak stress pun kite fikir.

Sekarang hujung tahun, walaupun hujan semedang aku berangan nak pergi holiday. Tapi tu betul-betul hujung tahun nanti kalau ada rezeki dengan keluarga tersayang baru pergi. Lagi pulak bila semua ditanggung halal. Untuk sekarang ni dikala stress yang dibuat-buat aku berangan nak pergi karaoke. Last time jejak kaki masa nak konvo dulu, Jue belanja. Lepas tu takde dah. Haihh kecewa.

Dan satu lagi, bila stress rasa nak jerit dan mencarut, the best place is stadium. Ini dah pernah habaq dulu, jadinya AFF suzuki cup nak start hujung bulan ni, jadual game selamat aku print, kalendar selamat diconteng, jersey baru semangat diorder. Nak tak nak aku kena pergi. Walaupun kecewa sebab 1 game je yang kalau pergi esok tu cuti. Dan jatuh dikala Joyah punya wedding, jadi dah boleh mulakan langkah untuk merangka strategi.

Dalam tak rajin nak blog, ada jugak kisah ha.


Saturday, November 3, 2012

Gelabah

Ala gelabah tapir post bawah ni. Haram jadah jugak post guna blackberry lepas tu tak boleh delete. Oh lagi bengong bila teringat dekat rumah takde internet, tak sempat update fantasy. Phuii. Firstworldproblem.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, November 2, 2012

Celaru

Malam yang jahat, cuba jadi tidak bersyukur. Cemburu atas hidup orang lain. Menyesal dengan diri sendiri. Longlai bila rasa terhukum berat. Gelap mata tak nampak satu pun hikmah.

Ampun ya Allah, bukan pertikaikan takdir. Kerja syaitan mungkin. Atau bisik petunjuk agaknya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone