Friday, November 9, 2012

Freedom

Dah berhari fikir apa nak cerita, ada banyak tapi tak rajin. Jadi kongsikan cerita.

Baca ni FREEDOM!!!

Haha.

Serious kan, perempuan kalau nak kahwin kena pergi spa, buat facial, mandi asap-asap, manicure, pedicure, oh dengan pergi wax apa yang patut. Haha satu mende pun aku tak pernah buat and tak pernah terfikir pun nak buat. Hal-hal manjakan diri ni, (ye manjakan diri macam Rozita Che Wan cakap sebulan sekali mesti pergi manjakan diri) aku tak reti. Kalau ikut artis-artis ni manjakan diri nak bagi hilang stress. Aku kalau stress fikir makan. Tapi makan tu tak stress pun kite fikir.

Sekarang hujung tahun, walaupun hujan semedang aku berangan nak pergi holiday. Tapi tu betul-betul hujung tahun nanti kalau ada rezeki dengan keluarga tersayang baru pergi. Lagi pulak bila semua ditanggung halal. Untuk sekarang ni dikala stress yang dibuat-buat aku berangan nak pergi karaoke. Last time jejak kaki masa nak konvo dulu, Jue belanja. Lepas tu takde dah. Haihh kecewa.

Dan satu lagi, bila stress rasa nak jerit dan mencarut, the best place is stadium. Ini dah pernah habaq dulu, jadinya AFF suzuki cup nak start hujung bulan ni, jadual game selamat aku print, kalendar selamat diconteng, jersey baru semangat diorder. Nak tak nak aku kena pergi. Walaupun kecewa sebab 1 game je yang kalau pergi esok tu cuti. Dan jatuh dikala Joyah punya wedding, jadi dah boleh mulakan langkah untuk merangka strategi.

Dalam tak rajin nak blog, ada jugak kisah ha.


No comments: