Friday, December 21, 2012

Nak!!!!

Kahwin? Siapa taknak? Siapa tak suka?

Love this

Lepas tu video nikah awesome gile.

Ini

Raihan, mari usaha lebih keras, cari duit lagi banyak untuk video kahwin yang lagi awesome. 






Thursday, December 20, 2012

Paksa

Lambatnya masa minggu ni jalan. Baru Khamis harini. Kalau ada banyak kerja ke banyak isu ke mula la rasa masa lambat jalan. Cuba kalau takde kerja laju je dah weekend. Weekend baru ni siang dekat sana malam dekat sini. Berjaya attend wedding Lya. Perghh paling sebak, kemain beriye menitiskan air mata. Sekarang dia tengah bahagia berhoneymoon. Benci betul. Nenek Alhamdulillah tak sakit tapi tak sihat. Ada ramai anak, cucu, cicit keliling. Buat aku rasa nak anak ramai. Terus rasa nak 7 anak. Serious punya cerita ni. Kalau boleh bersalin kembar 3kali, yang first je biar solo. Hehe cukup 7.

Dalam gua selalu complaint kampung dekat sangat masa kanak-kanak dulu, dah dewasa ni gua bersyukur tak terkira baik kampung dekat je, ulang alik pun dah takde hal sangat sebab gua dah boleh drive. Kihkihkih, lesen gua dah ada fungsi, bukan lagi sekadar hiasan. Gua tak terer mana, sebab kalau terer gua takde kena marah sampai menangis-nangis. Cikgu garang nak mampus. Heh malas nak cerita.

Weekend ni macam full lagi je aktiviti dia, Big bad wolf tak habis lagi weh. Gua tempting gile babis punya nak pergi. Walaupun gua terpaksa buat pinjaman berlesen tanpa bunga tapi cinta dari tunang tersayang. Harapnya sempat la sebelum last 23hb ni. Along bertunang Ahad ni, nasib baik kan kampung dekat je, boleh la curi masa lagi sana sini.

Cuti krismas pun macam dah ada ceritanya. Very the busy kononnya. Sampai hal kahwin sendiri entah mana-mana.Tadi tengok video nikah Jijah dengan Afiq, waaaaahhh sukanya. Terus menyesal lambat booking videographer tu, tengok harga dah naik. Sedih betul. Someone tolong push kitorang ni suruh cepat buat segala hal. Paksa kaw-kaw punya. Manjang postpone je lah.Segala timeline yang ada tak berfungsi, Tak tahu kenapa relax sangat ni. Ke memang macam ni. Yang pasti masuk tahun baru mesti stress bertimpa-timpa. Gua mohon si Raihan gagah je, sebab gua sah-sah macam monster. Dah la, nak makan lontong. Special delivery lagi. Bye

Friday, December 14, 2012

Takdir

Hari paling penat balik dari office. Dapat nasi pukul 4, takde apa untuk breakfast. Angin berpusing satu badan. Telan 2 bijik actifast tapi langsung tak jalan. Berlakon sihat semata-mata demi kerja.

Dapat berita nenek makin teruk, tak bangun makan, tak bercakap. Ya Allah lama sangat dah tak pernah ada rasa macam mana nak hilang orang. Tak ingat langsung apa rasa. Tak tahu apa nak buat, tak tahu apa nak cakap, tak tahu apa nak react. Longlai. Risau. Nenek ramai anak, cucu, cicit. Aku takla yang terbaik, tapi itu la buat kesal. Kepala makin berdentum.

Lya kahwin esok. Aku nak sangat ada dekat dengan dia masa dia jadi isteri, duduk sama rasa sebak, bahagia. Kepala rasa nak pecah.

Orang kata jodoh maut tangan tuhan.

Betul.

Cuma dalam saat nak hadap takdir tuhan ni, nak sangat ada telinga nak dengar. Tapi aku pun susah nak cakap. Sebab aku suka meleleh meleret bercakap bercerita sampai bebankan orang. Diam jela. Dari meleleh merepek, elok lelehkan air mata.

Period! Setan keliling.

Alasan bodoh aku.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, December 13, 2012

Cakap 2

Gua nak update post bawah tapi takleh, kena post entril baru.

Takde rezeki nak menang, takde final untuk kita. Takde penutup hujung tahun dekat stadium. Thailand main best. Serious, tak bagi chance langsung. Coach Raja punya game dia dah baca baik punye. Even ref ada gaya bangsat yang hmm entah, tapi Thailand deserve to win.

Final will be between Thailand and Singapore. I'm rooting for Thailand.


Takde extra public holiday!!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cakap

Cakap-cakap dengan kawan, bila cakap mesti teringat dan kemudian cakap. Sebab tu elok diam, kalau teringat pun diam. She's the only one yang notice apa habit, apa cycle yang lari.

Bukan kurang cakap kurang sayang, dia tahu apa sebab diam.

Bola, aku suka bila lelaki yang cakap hal bola dengan aku. Tak boleh diam jadinya. Semoga Malaysia menang, aku beli tiket rm50 untuk final nanti. Hahaha. Tapi aku tak suka bila perempuan cakap bola. Haha dia pun tahu apa sebab. Lagi-lagi mereka dengan provokasi sampah yang ha taknak cakap, diam je.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, December 12, 2012

121212

Takde apa pun nak cerita tapi saja nak tulis sempena date yang sedap ni.

Seminggu dua ni dok ulang alik balik kampung, Nenek dah uzur sangat. Semua kena orang lain uruskan. Dia duduk rumah Maklong, thank you family Maklong. Kita yang duduk jauh ni datang bila cuti jela. Tolong apa yang patut. Satu hal pasal Nenek yang aku kagum, dia selalu suruh buat kenduri kecil je jemput anak cucu semua balik mintak baca yassin. Dah banyak kali jugak dorang buat. Alhamdulillah kan. Doakan Nenek kuat macam dulu balik la.

Lya nak kahwin lagi 3 hari, Haritu ada bachelorette party untuk dia, excited nak pergi tapi takde rezeki. Kena balik kampung. Ahh tapi macam la dia dah kahwin nanti tak boleh berparty dah. Ikhwan je pun laki dia. Ape de hal. Haha. Setakat ni belum nak rasa sayu ke sebak dia nak kahwin,dia still duduk rumah lama, laki dia Ikhwan je pun, bbm ada so biasa jela, kot. Tapi kalau dah nak ada baby mesti semacam. Haha.

Harini 12.12.12, kemain kecoh dulu kata harini dunia nak kiamat. Sedang Rasulullah pun tak tahu tarikh kiamat kan. Bayangkan kalau nak kiamat lepas tu pagi tadi tak solat subuh, lepas tu aurat tak tutup betul-betul. Adoi seram.

Tahu tak aku dah ada lesen kereta dari tahun 2008, tapi tak pernah berani nak drive. Kisah benar. Konon kental tapi penakut. Pulak pernah accident dulu, terus takut naik kereta laju-laju. Sampaikan naik putra lrt tu takut bila laju sangat. Roller coaster tak yah cerita, dah la laju, tinggi pulak. Kirim salam banyak-banyak lah nak naik. Alkisah lesen kereta tu, nama je ada lesen tapi suruh bawak kereta memang jangan. Tak gagah langsung. Haihh dah la, tu jela nak cerita.


Thursday, December 6, 2012

Janggal 2

Kejanggalan ni susah jugak nak kekal, lagi-lagi bila kau konon isolate diri dengan novel lepas tu ada scene tiba-tiba nak kahwin tapi mati, lepas tu dia kisahkan hal mati tu dengan syahdu. Kemain provokasi melampau dekat jiwa. Tiba-tiba takde orang keliling nak share sedih. Dah, boleh pergi tidur. Bye
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Janggal

Sebenarnya ada satu draft pasal bola sepak tapi aku tak rajin nak edit lagi. Plus cerita pasal aku beat Raihan dalam fantasy macam dah basi, cerita pasal RVP scored the fastest goal in the season pun macam soo yesterday, cerita pasal aku gigih nak pergi tengok bola Malaysia vs Indonesia haritu pun macam dah mendung. Kecuali last night, Chelsea tak dapat proceed next round on UCL. Booooo, sama dengan City. Kihkihkih. Takpe satu hari nanti, akanku gigihkan diri.

Nak cerita pasal kahwin kawan-kawan pun belum tiba masanya lagi, bagus betul kawan-kawan jenis selang 2 minggu kahwin. Senang aku post semua nanti. Jijah dah lepas, Joyah dah, Lya akan datang dan penutup nanti Along bertunang. Amazing. Seronok jumpa semua balik berturut-turut macam ni. Bila reminisce balik tahun 2006 dulu alahai kudut betul semua. Ada satu gambar Joyah letak dekat rumah dia, gambar sekelas masa part 2 dekat Perak dulu. Haha semua gelak macam gile tengok gambar masing-masing. Syukur nikmat still ada depa keliling aku walaupun kalau bukan sebab kahwin ni memang takkan jumpa semua orang serentak macam tu.

Hal kahwin sendiri, approximately 5 bulan lagi tinggal. Awak tanya la apa yang dah settle? None. Haha takde progress sangat except last month jumpa tailor sana sini tanya quotation and bla bla bla. Dan baru realize something yang kita taknak buat pre wed photoshoot, ingat nak tukar jadi post wed photoshoot. And yes, tak payah tanya tema apa, BOLA dan PADANG. Tapi tengok lah entah photog tu nak ke tak. Sekarang still cari videographer jugak, yang murah dan lawa. Ada a few tapi asal nak set appointment je dorang busy. Leceh. Lain-lain entah bila nak mula. Kite ni jenis relax je, gelabah ada la sejam dua bila orang tanya, lepas tu mula la rasa lambat lagi ni, so lek lek lu.  

Oh dan aku tengah pms so macam banyak gila fikir entah hape-hape, macam bukan hal aku pun aku nak sibuk fikir. Buah fikiran yang selalu datang dari twitter. Nak kena elak semua ni sebab sekali terjebak susah aku nak patah balik. Dan terpaksa mute certain people, remove from tab, atau bila rasa setan keliling otak sangat terus log out twitter and ada masa off data service terus. Taknak bbm, taknak whatsapp. Bertuah la kan kalau ada sampai call or text aku zaman sekarang ni. Biarkan aku takde komunikasi dengan orang lain, dan takde nak fikir seperti setan pasal orang lain. Bukan salah orang dekat twitter atau di mana saje anda berada, cuma aku punya sistem nak digest bagi positif susah pulak. 

Dekat office, main zombie macam gile, segala game dekat facebook tu. Dalam train, baca novel. Pulak dekat KL Sentral tu dorang dok jual english novel yang secondhand punya, ahh beli beli. Jadi Sydney Sheldon adalah teman paling dekat di hati bila mana lebih 5 novel dia aku khatam. Macam tu sekali nak isolate diri dari laman sosial, kemain ayat.

Sebab tak senang aku nak hidup takde orang keliling, apa je mesti kena cerita, apa jadi je kena cakap, semua hal nak share. Hal bagus takpe, sampai hal buruk pun cerita. Adoiii parah. Since aku pun ada good sense macam Sherlock Holmes so apa je pasal orang lain dan diri sendiri aku akan buat hipotesis sendiri yang selalunya adalah tepat dengan kesimpulan akhir, dan seterusnnya mula la taip report dekat bbm ke apa ke nak sebarkan. Setannnn betul. Dari aku sibuk mengSherlock Holmeskan diri untuk kisah manusia sejagat, biarlah aku kaji cara nak matikan zombie dari makan plants aku, dan kaji kisah novel Sydney Sheldon yang kemain misteri lagi.

Semua ni buat diri sendiri janggal. Cakap janggal pun rasa janggal. Dulu aku suka sebut ganjal, bukan suka tapi selalu lupa apa janggal, lepas tu jadi ganjal. Ni pun baru google betul ke janggal.

Sekian, semoga semua manusia jadi lebih baik dan mulia. 

Last, Nenek aku tengah tak berapa nak sihat. Tolong doakan. 





MatLuthfi, ailebiu.