Wednesday, December 12, 2012

121212

Takde apa pun nak cerita tapi saja nak tulis sempena date yang sedap ni.

Seminggu dua ni dok ulang alik balik kampung, Nenek dah uzur sangat. Semua kena orang lain uruskan. Dia duduk rumah Maklong, thank you family Maklong. Kita yang duduk jauh ni datang bila cuti jela. Tolong apa yang patut. Satu hal pasal Nenek yang aku kagum, dia selalu suruh buat kenduri kecil je jemput anak cucu semua balik mintak baca yassin. Dah banyak kali jugak dorang buat. Alhamdulillah kan. Doakan Nenek kuat macam dulu balik la.

Lya nak kahwin lagi 3 hari, Haritu ada bachelorette party untuk dia, excited nak pergi tapi takde rezeki. Kena balik kampung. Ahh tapi macam la dia dah kahwin nanti tak boleh berparty dah. Ikhwan je pun laki dia. Ape de hal. Haha. Setakat ni belum nak rasa sayu ke sebak dia nak kahwin,dia still duduk rumah lama, laki dia Ikhwan je pun, bbm ada so biasa jela, kot. Tapi kalau dah nak ada baby mesti semacam. Haha.

Harini 12.12.12, kemain kecoh dulu kata harini dunia nak kiamat. Sedang Rasulullah pun tak tahu tarikh kiamat kan. Bayangkan kalau nak kiamat lepas tu pagi tadi tak solat subuh, lepas tu aurat tak tutup betul-betul. Adoi seram.

Tahu tak aku dah ada lesen kereta dari tahun 2008, tapi tak pernah berani nak drive. Kisah benar. Konon kental tapi penakut. Pulak pernah accident dulu, terus takut naik kereta laju-laju. Sampaikan naik putra lrt tu takut bila laju sangat. Roller coaster tak yah cerita, dah la laju, tinggi pulak. Kirim salam banyak-banyak lah nak naik. Alkisah lesen kereta tu, nama je ada lesen tapi suruh bawak kereta memang jangan. Tak gagah langsung. Haihh dah la, tu jela nak cerita.


No comments: