Thursday, December 6, 2012

Janggal

Sebenarnya ada satu draft pasal bola sepak tapi aku tak rajin nak edit lagi. Plus cerita pasal aku beat Raihan dalam fantasy macam dah basi, cerita pasal RVP scored the fastest goal in the season pun macam soo yesterday, cerita pasal aku gigih nak pergi tengok bola Malaysia vs Indonesia haritu pun macam dah mendung. Kecuali last night, Chelsea tak dapat proceed next round on UCL. Booooo, sama dengan City. Kihkihkih. Takpe satu hari nanti, akanku gigihkan diri.

Nak cerita pasal kahwin kawan-kawan pun belum tiba masanya lagi, bagus betul kawan-kawan jenis selang 2 minggu kahwin. Senang aku post semua nanti. Jijah dah lepas, Joyah dah, Lya akan datang dan penutup nanti Along bertunang. Amazing. Seronok jumpa semua balik berturut-turut macam ni. Bila reminisce balik tahun 2006 dulu alahai kudut betul semua. Ada satu gambar Joyah letak dekat rumah dia, gambar sekelas masa part 2 dekat Perak dulu. Haha semua gelak macam gile tengok gambar masing-masing. Syukur nikmat still ada depa keliling aku walaupun kalau bukan sebab kahwin ni memang takkan jumpa semua orang serentak macam tu.

Hal kahwin sendiri, approximately 5 bulan lagi tinggal. Awak tanya la apa yang dah settle? None. Haha takde progress sangat except last month jumpa tailor sana sini tanya quotation and bla bla bla. Dan baru realize something yang kita taknak buat pre wed photoshoot, ingat nak tukar jadi post wed photoshoot. And yes, tak payah tanya tema apa, BOLA dan PADANG. Tapi tengok lah entah photog tu nak ke tak. Sekarang still cari videographer jugak, yang murah dan lawa. Ada a few tapi asal nak set appointment je dorang busy. Leceh. Lain-lain entah bila nak mula. Kite ni jenis relax je, gelabah ada la sejam dua bila orang tanya, lepas tu mula la rasa lambat lagi ni, so lek lek lu.  

Oh dan aku tengah pms so macam banyak gila fikir entah hape-hape, macam bukan hal aku pun aku nak sibuk fikir. Buah fikiran yang selalu datang dari twitter. Nak kena elak semua ni sebab sekali terjebak susah aku nak patah balik. Dan terpaksa mute certain people, remove from tab, atau bila rasa setan keliling otak sangat terus log out twitter and ada masa off data service terus. Taknak bbm, taknak whatsapp. Bertuah la kan kalau ada sampai call or text aku zaman sekarang ni. Biarkan aku takde komunikasi dengan orang lain, dan takde nak fikir seperti setan pasal orang lain. Bukan salah orang dekat twitter atau di mana saje anda berada, cuma aku punya sistem nak digest bagi positif susah pulak. 

Dekat office, main zombie macam gile, segala game dekat facebook tu. Dalam train, baca novel. Pulak dekat KL Sentral tu dorang dok jual english novel yang secondhand punya, ahh beli beli. Jadi Sydney Sheldon adalah teman paling dekat di hati bila mana lebih 5 novel dia aku khatam. Macam tu sekali nak isolate diri dari laman sosial, kemain ayat.

Sebab tak senang aku nak hidup takde orang keliling, apa je mesti kena cerita, apa jadi je kena cakap, semua hal nak share. Hal bagus takpe, sampai hal buruk pun cerita. Adoiii parah. Since aku pun ada good sense macam Sherlock Holmes so apa je pasal orang lain dan diri sendiri aku akan buat hipotesis sendiri yang selalunya adalah tepat dengan kesimpulan akhir, dan seterusnnya mula la taip report dekat bbm ke apa ke nak sebarkan. Setannnn betul. Dari aku sibuk mengSherlock Holmeskan diri untuk kisah manusia sejagat, biarlah aku kaji cara nak matikan zombie dari makan plants aku, dan kaji kisah novel Sydney Sheldon yang kemain misteri lagi.

Semua ni buat diri sendiri janggal. Cakap janggal pun rasa janggal. Dulu aku suka sebut ganjal, bukan suka tapi selalu lupa apa janggal, lepas tu jadi ganjal. Ni pun baru google betul ke janggal.

Sekian, semoga semua manusia jadi lebih baik dan mulia. 

Last, Nenek aku tengah tak berapa nak sihat. Tolong doakan. 





MatLuthfi, ailebiu. 



No comments: