Thursday, December 20, 2012

Paksa

Lambatnya masa minggu ni jalan. Baru Khamis harini. Kalau ada banyak kerja ke banyak isu ke mula la rasa masa lambat jalan. Cuba kalau takde kerja laju je dah weekend. Weekend baru ni siang dekat sana malam dekat sini. Berjaya attend wedding Lya. Perghh paling sebak, kemain beriye menitiskan air mata. Sekarang dia tengah bahagia berhoneymoon. Benci betul. Nenek Alhamdulillah tak sakit tapi tak sihat. Ada ramai anak, cucu, cicit keliling. Buat aku rasa nak anak ramai. Terus rasa nak 7 anak. Serious punya cerita ni. Kalau boleh bersalin kembar 3kali, yang first je biar solo. Hehe cukup 7.

Dalam gua selalu complaint kampung dekat sangat masa kanak-kanak dulu, dah dewasa ni gua bersyukur tak terkira baik kampung dekat je, ulang alik pun dah takde hal sangat sebab gua dah boleh drive. Kihkihkih, lesen gua dah ada fungsi, bukan lagi sekadar hiasan. Gua tak terer mana, sebab kalau terer gua takde kena marah sampai menangis-nangis. Cikgu garang nak mampus. Heh malas nak cerita.

Weekend ni macam full lagi je aktiviti dia, Big bad wolf tak habis lagi weh. Gua tempting gile babis punya nak pergi. Walaupun gua terpaksa buat pinjaman berlesen tanpa bunga tapi cinta dari tunang tersayang. Harapnya sempat la sebelum last 23hb ni. Along bertunang Ahad ni, nasib baik kan kampung dekat je, boleh la curi masa lagi sana sini.

Cuti krismas pun macam dah ada ceritanya. Very the busy kononnya. Sampai hal kahwin sendiri entah mana-mana.Tadi tengok video nikah Jijah dengan Afiq, waaaaahhh sukanya. Terus menyesal lambat booking videographer tu, tengok harga dah naik. Sedih betul. Someone tolong push kitorang ni suruh cepat buat segala hal. Paksa kaw-kaw punya. Manjang postpone je lah.Segala timeline yang ada tak berfungsi, Tak tahu kenapa relax sangat ni. Ke memang macam ni. Yang pasti masuk tahun baru mesti stress bertimpa-timpa. Gua mohon si Raihan gagah je, sebab gua sah-sah macam monster. Dah la, nak makan lontong. Special delivery lagi. Bye

4 comments:

rean said...

stering: untuk pulas so boleh ke kiri or ke kanan

side mirror(L/R): untuk TENGOK kereta sebelah,so bole la tukar lane(L/R),(bukan suruh org lain tengok kan.)

brek: untuk berhenti or slow kan kenderaan

minyak: untuk gerak / lajukan kereta(kene tekan dengan kaki,bukan suara saja)

signal: tak luak minyak pun bagi signal,so sile baggi signal untuk tukar lane


cikgu garang tanda sayang <3

Ika D said...

BOSAN!!!

HazeL said...

ohhh tolong jadi pemandu yg rajin bagi signal...kerana saya mmg bengkek dgn driver yg mls bg signal...

Ika D said...

saye pun, sy bg signal.

biase la cikgu gaarang, sekali je buat silap sampai bile2 pun die igt kite x pernah bg signal.