Friday, December 14, 2012

Takdir

Hari paling penat balik dari office. Dapat nasi pukul 4, takde apa untuk breakfast. Angin berpusing satu badan. Telan 2 bijik actifast tapi langsung tak jalan. Berlakon sihat semata-mata demi kerja.

Dapat berita nenek makin teruk, tak bangun makan, tak bercakap. Ya Allah lama sangat dah tak pernah ada rasa macam mana nak hilang orang. Tak ingat langsung apa rasa. Tak tahu apa nak buat, tak tahu apa nak cakap, tak tahu apa nak react. Longlai. Risau. Nenek ramai anak, cucu, cicit. Aku takla yang terbaik, tapi itu la buat kesal. Kepala makin berdentum.

Lya kahwin esok. Aku nak sangat ada dekat dengan dia masa dia jadi isteri, duduk sama rasa sebak, bahagia. Kepala rasa nak pecah.

Orang kata jodoh maut tangan tuhan.

Betul.

Cuma dalam saat nak hadap takdir tuhan ni, nak sangat ada telinga nak dengar. Tapi aku pun susah nak cakap. Sebab aku suka meleleh meleret bercakap bercerita sampai bebankan orang. Diam jela. Dari meleleh merepek, elok lelehkan air mata.

Period! Setan keliling.

Alasan bodoh aku.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: