Wednesday, December 25, 2013

Dah seminggu lebih jugak mata payah lelap. Last week gagah jugak si suami teman. Dah masuk minggu baru ni lemau dah dia. Lagi-lagi weekend baru ni melancong sakan pi Melaka, mana dia nak cukup tidur. Pantang letak kejap je lelap. Ni malam ni baru konon-konon nak ajak feeling-feeling dok bersila kat balkoni tu tengok bunga api tapi mimpi jela. Tak sempat pukul 12 Raihan dah ajak tidur. Badan tetibe panas. Hishh kalau ikut kudrat nak je dukung bawak jumpa doktor. Harap-harap bangun pagi esok sihat la. Kalau tak siapa nak tolong mop lantai, siapa nak bawak pegi curve. Haha

Seronok kahwin ni lain. Walau kadang ada jugak menyampah dia bila tang menyakat tak reti timing tu. Ehhh rasa nak bersilat je tepis. Tapi tak de makna la aku bersilat. Bersila meleleh air mata mampu. 

Dah 8 bulan kahwin. Masih la dua orang lagi. Belum ada rezeki nak mengandung. Tapi rezeki kahwin bukan itu je. Haritu ada dengar tazkirah ustaz kata rezeki ni luas. Kalau untuk isteri, bila suami tak kahwin lain pun dah rezeki dah. Bila suami sayang kita sorang pun dah rezeki dah. Aku pegang betul ustaz ni cakap. Takdelah rasa nak hempuk je bila orang tanya dah ada isi ke perut tu. Haha. Ada lagi la tu yg Allah nak kami suami isteri perbetulkan sebelum dia bagi anugerah tu kan. 

Jadi isteri tak susah, layan suami je. Raihan tak banyak hal. Tapiii jadi suri rumah susah sikit. Kadang-kadang banyak gak. Menguji ketahanan fizikal betul. Balik kerja kena masak, kain lagi nak kena sidai, gosok baju. NasibRaihan rajin   tolong lipat kain, lepas makan pun rajin jugak tolong kemas dapur. Cuma satu je kerja yang aku malas sikit, die pun memang tak rajin nak buat, sapu lantai. Hoiiihhh bila sampai bab tu rasa rumah ni sebesar padang bola sepak tu. Tugas ni dah la kena buat hari-hari. Bertabah jela. 


Friday, December 13, 2013

Atuk dah takde. Rindu dia melampau dari semua. Iklan P. Ramlee yang berapa saat tu pun boleh buat aku teresak-esak meleleh. Allah. 

Susahnya. 

Tuesday, November 19, 2013

Harini dalam 8 jam dekat office, tak sampai 1 jam yang aku fokus dengan kerja. Boss takde, makin tak rajin. Semalam cuti jadi monday blues semalam transfer ke harini. Kerap benar cuti. esok masa interview KPI mampus la kena bambu ni. Confirm.

Sepatutnye ada je kerja kena buat. Banyak. Company ni jenis yang pentingkan project, jadi setiap satu staff akan ada 2 project at least untuk melayakkan diri dapat bonus dan increment selayaknya. Aku pusing.

Sebab pusing melampau sampai pening, dan kerana boss takde aku buat project aku sendiri. Dah lama niat nak delete post-post lama yang mana gambar berambut dulu-dulu. Harini boleh la buat. Aku lebur je semua yang lama-lama.  Banyak aura negatif ni blog ni. Tak membina iman langsung. Aku memang elak baca semua kisah lama tu, parah hati nanti.

Yang mana saki baki yang tinggal ni rajin la kot nak tapis. Baca kisah-kisah dikala bujang, amboi seronok. Ada la 2 3 kerat kisah pergi beriadah tu, langsung rindu nak mandi sungai. Laju ajak Raihan, jawapan dia macam biasa la, nanti kite pergi. Tu tanda jauh lagi la nak pergi tu. Mungkin nak melepaskan gian, malam ni terjun kolam.

Saturday, November 16, 2013

Mood jiwa-jiwa menderu-deru ni. Baca novel hlovate, tv ada twilight. Tapi sayang suami ada futsal. Kalau tak dah berpuisi indah untuk beliau. 

Rindu. Indah. Berpahala untungnya. 


Semoga kami semua berbaik-baik saja hingga syurga. Amin



*gua cuba kot boleh karang ayat romantis sebaris dua kat sini, huh gagal. 

Friday, November 8, 2013

Alah bisa tegal biasa.

Alah bisa tegal biasa. 

Ewah. 

Bulan-bulan lepas, banyak betul aku merungut pasal kerja. Especially masa masuk kerja dulu. Imagine masuk time year end closing. Tipu tak rasa menyesal tukar kerja. Aku pelik macam mana teammate yg ada anak kecik gagah kerja beriye macam tu. Sorang teammate siap bawak anak umur setahun lebih duduk sebelah sebab takde siapa nak jaga. Sumpah pelik. 

Hidup zaman sekarang, sejak dua menjak ni harga segala nak mencanak naik. 

Faham terus apa sebab semua bertahan. 

Masa ni perlukan keliling yang faham apa yang engkau faham. 

Betul duit tak kemana, betul kau patut spend masa lebih dengan keluarga, betul kau jangan jadi hamba kerja. Semua betul. 

Tapi orang boleh cakap apa je. Macamlah dia tanggung hidup kite kan. 

Susah nak puaskan hati orang yang tak faham ni. 





Friday, November 1, 2013

Kepuasan malam jumaat.

Malam tadi, malam jumaat. Aku cuba mencari kepuasan malam yang maksimum. Aku tahu suami pun macam tu. Aku try nasib mengajak suami buat sesuatu yang luar dari kebiasaan. Malam yang esok kena bangun pagi memang tak pernah lagi buat projek ni. Suami on. Excited tak terkata hang tau. 

Plan yang sepatutnye berjalan midnight weekend nanti tapi terpaksa diawalkan. Menyampah betul manusia di twitter yang bagi spoiler.  

Gigih aku usha showtime Thor. Dekat area sini ada 3 panggung wayang. Kalau takde yang sangkut memang lebur mood aku satu malam. Nasib banyak je lagi seat kosong. 

Maka, malam jumaat aku bersama Abe Thor bertemankan suami di sisi. 😁





Wednesday, October 30, 2013

Satu soalan

Gua sempat tanya suami, kahwin best? Best kata dia. Gua aju soalan lagi, antara jadi suami dengan ada isteri mana lu suka? Disebabkan suami gua dah sejam lalok nak tidur jadi gua cakap abang, esok lu jawab. Pikir habis-habis dulu. Gua cakap takde jawapan betul ke salah, sebab gua baru je terfikir soalan yang sama masa kat toilet tadi. 


Kahwin? Seronok. 


Tapi antara jadi isteri dengan ada suami, mana lagi seronok?  

Lek lek lu. 

Esok lusa kaji.  



Disclaimer : Segala kata ganti diri saje buat gempak



Bila berkongsi bukan romantik

Duduk rumah baru, semua boleh kongsi.

Kain pakai takyah kire la. Tu dari sebelum ada rumah memang dah wujud. 

Pinggan mangkuk sudu cawan, boleh kongsi
Tilam bantal selimut, boleh kongsi
Berus gigi kalau rela pun boleh kongsi

Yang satu ni mungkin untuk sesetengah manusia boleh kongsi. Tapi aku rasa menyusahkan dan sungguh tidak romantik. 



Kunci rumah


Watderrr la masing-masing tak terfikir nak duplicate kunci. 
Maka aku berkubu la di stesyen ktm ini sementara menunggu suami. 

Monday, October 28, 2013

Rumah

Kami dah masuk rumah baruuuuu.

Tengah bulan haritu, serius tak ingat berapa haribulan ntah. Lepas raya haji la kot, selamat la berkediaman di rumah baru. Mak sewa je nok, belum gagah nak beli lagi. EPF baru seciput. Kisah nak sewa rumah banyak sedih dari gembira. Dengan bajet yg layak duduk rumah flat je, mula la mencari-cari area wangsa maju sana. Bila jumpa rumah lawa, tingkat 5 pulak. Bila tingkat rendah, parking pulak susah. Ada sekali tu jumpa rumah tingkat bawah sekali, parking pun ok jugak, siap bayar deposit lepas tu boleh pulak owner tak jadi nak sewa. Haram jad betul. Kecewa beta.

Lepas tu gigih lagi cari rumah, ada jumpa satu dekat Gombak sana. Sewa dah ok la, rumah baru tapi ini stok rumah 3 tingkat, lepas tu setiap tingkat ada 2 rumah. Kalau rajin jalan dekat area Gombak sana jumpa la rumah ala-ala "townhouse" ni. Cuma yang buat rasa sedih nak tinggal rumah tu, owner asal dari seberang. Adoi macam mana pulak yang bukan warganegara boleh ada banyak duit buat rumah bertingkat-tingkat ni. Rendah diri betul rasa. Tapi tak jadi ambil rumah tu sebab kurang privacy.

Kemuncak pencarian rumah bila tengok mudah. ada 1 rumah dekat Sri Rampai, katanya 2 tingkat, 2 bilik, 1 toilet. Sewa bulanan bersesuaian la dengan bajet sewa yang kitorang nak ni. Bersemangat waja set appoinment nak jumpa owner. Tapi alahai bila dah sampai rasa nak menangis tengok condition rumah. Kalau rumah macam tu pun sewa mahal, rumah yang lawa sikit mestilah lagi lagi mahal. Itulah yang bukak kesedaran bahawa rumah KL ni sangatlah mahal nak mampus. Kalau ada yang murah jauh pulak dari public transport.

Makanya kami terpaksa buat bajet baru, recalculate segala expenses. Up sikit bajet barulah jumpa rumah yang sedap sikit. Itu pun banyak hal, bila dah bayar deposit ada jugak kes owner tak jadi sewakan sebab kawan nak sewa la, owner hutang dengan management beratus-ratus la. Nasib lah agent sangat membantu. Akhirnya jumpa rumah yang sesuai.

So far baru duduk nak masuk 2 minggu. Bahagia jela semua kan. Harapannya bahagia sampai ke sudah.

Jadi begitulah kisah Ika dan rumah sewanya. Gile skamatik gua rasa buat karangan gini. Sebab lama sangat tak bukak hikayat.

Thursday, October 24, 2013

Tereris

Sejak jadi isteri, gua makin terer kemam masalah. Terer tahan sedih, kecewa, sakit hati. Tereris sangat ni. πŸ‘

Wednesday, October 9, 2013

Macam tak percaya dah kahwin. Eh. Seronok betul perasaan dia. 


Kbai

Friday, September 13, 2013

bahagia meresap

Jumaat dah nak habis, Sabtu nak sampai sat gi. Another long weekend for me. Sebab hari suka-suka je cuti sampai 3 hari. Ni 2 hari kerja pastu cuti balik. Seronoknya kite. Sepatutnya plan nak escape dari Kuala Lumpur minggu ni. Kemain sekarang dah jadi orang KeyEll. Tapi tak jadi sebab ada lah sebab dia. Sekarang nak escape dengan suami ada hal yang kena dipertimbangkan. Jadi postpone next week. Tapi masih teruja. Sebab Along nak kahwin, bila kawan kahwin maka akan berjumpa kawan-kawan yang lain. Alahai tak sabar betul nak jumpa mek mek Joyah, termasuk la si nur yang lelaki tu. Harapannya semua akan datang sekali. Dan antara alasan yang buat weekend ni macam best je, sebab Yati nak bertunang jugak. Jadi dari dekat office tadi beriye kite chat, turun petua apa yang patut pasal majlis dia. Aura bahagia mula meresap. Perempuan yang macam ni, memang mudah meresap hormon bahagia ni. Semoga semua lancar hendaknya.


Maka bila dah bahagia begini, tak sabar menanti kepulangan suami.

Thursday, September 5, 2013

Tahu tak ada berderet draft pasal kahwin. Berderet. Isi yang sama. Tapi versi mungkin berbeza. Tak penting pun sebenarnya. Tapi kena blogkan jugak bagi nanti di masa depan takde lah lupa. Gitu. 

Tapi. Sesungguhnya tak boleh berhenti nak berperasaan tengok orang baru nak kahwin ni macam hmm susah nak cakap la. Kalau yang baru bertunang tu lagi la. Tak kahwin lagi tu. Yang baru couple tu lagi la. Ada satu perasaan yang orang-orang yang dah kahwin je faham ni. 

Betapa gua nak Lya untuk kongsikan ini. 

Matang oi matang. 

Jahat. 

Wednesday, August 21, 2013

Mata taknak lelap. Tak kelakar langsung. Esok kerja, sat gi kena bangun sahur. Patut dah lena dah ni. 

So impak jadi isteri, ada lah 7 ayat yang siap dikarang lepas tu delete balik. Sendiri pun dah geli dengan tulisan sendiri. 

Friday, August 16, 2013

Hambar

Kadang-kadang rasa nak tulis segala tapi aku ni idea mencurah bila feel bergabung dengan aura jahat. Tak syok betul. Diri ni dah tak sedar betapa pentingnya menulis untuk memori masa depan. Tadi pagi, membuak-buak rasa. Lepas tu mengantuk terus tidur. Bangun tidur lebur semua. 
Harini cuti. Raya kan. Tadi baru khatam buat cornflake madu untuk ketiga kalinya sempena raya. Kemain tau, kuih raya paling cikai tula yang first time aku pandai buat. Terus dapat permintaan tinggi sampai kena buat tiga kali. Siap ada yang nak beli lagi. Mana tokan kuih raya memang gelak sinis jela dengar kan. Ala buat ni pun sebab suami suka. Kalau tak fikir ratus kali jugak tu. 
Sekarang, layan drama ijab qabul ni ha yang orang rumah ni record. Sikit jam lagi suami balik, ahh rindu. Haha sebelum meraban tak tentu hala baiklah dihentikan. Ini baru ambil mood ni. Nekad dan tekad aku nak tulis blog hari-hari. Phuiii

Sunday, August 4, 2013

Penat

Penat sebenarnya ni. Tapi dah tak tau apa nak buat. Sekarang tengah bertabah tunggu Raihan dekat depan office. Dah sejam. Tadi baik punya clock out pukul 11.53pm. Sabtu, kerja lebih 12 jam. Alhamdulillah la Allah nak bagi rezeki lebih. Tapi penat mental fizikal Allah jugaklah yang tahu.Uwaaaa selalu malam minggu  berdating tengok movie ke tengok suits ke tengok running man ke. Tapi malam ni sadisnya kisah. Semua sebab manusia berpusu-pusu masuk kl sampai suami yang nak menjemput stuck dalam jamSemua orang hala ke jalan TAR sana nak shopping. Kesian kita makhluk yang tak bershopping ni. Bertabahlah Ika. Walau nyamuk gigih mengelilingi. Ok Raihan dah sampai. Sambung mengadu sambil kesat air mata dengan suami

Sunday, July 7, 2013

Ahad tak lagi serasi

Cerita Ahad bermula di office. Alkisahnya, time aku masuk office baru ni dikala nak menghadap year end closing. Tercampak die reporting team, haa faham sendiri la. Weekend dan Ika tak lagi serasi. Kerja dari Ahad lepas ke Ahad ni. Pagi ke malam. Badan penat, of course. Pinggang dah sakit gile ni ha. Tapi stress tak berganda lagi. Good sign. Kesian Raihan la, hujung minggu entah mana isteri. Tu pun kalau dia kasihankan diri sendiri. Kalau tak mungkin die bergembira berpoya-poya dengan rakannya.

Ahh ni aku dah sampai awal tapi batang hidung teammate semua tak nampak lagi. Aku rasa aku dibuli ni. Depa kata kena mai awal. Ciss. Nasib baik pagi ni ditemani cekodok Ibu. Nikmat betul dirasakan. Tapi nikmat sebenar adalah balik awal harini. Dan nikmat terpaling nikmat adalah tak kerja masa weekend.

Thursday, June 6, 2013

Ini kisah dikala lunch break. Sepatutnya kena makan, tapi puasa. Jadi gagahkan diri taip ini supaya tak bosan. NI dekat office baru, ada surau. Boleh sangat nak masuk surau pergi tidur sana ke, baca Quran ke kan. Tapi segannya lah nak berbaringan dekat situ. Entah akan segan sampai bila tak tahu lah. Dan iye, aku dah masuk kerja baru. Baru berapa hari dah penig kepala sampai mc. Dushh. Kontra teramat dengan kerja lama. Ini baru betul-betul perah kepala otak dengan apa yang dah belajar selama ni. Ikut rasa nak menyerah je, tapi gagahkan jela.

Kisah kahwin. Best la sampai tak tahu apa nak cerita. Walaupun dah kenal Raihan lama, tapi rasa macam tak kenal pun. Wahh gituu. Still banyak hal nak kena adapt, nak kena belajar, nak kena ubah. Susah tak susah hadap jela. Satu hal yang aku paling tak sangka lepas kahwin adalah homesick gile vavis punye. First 2 weeks selalu rindu Mak Abah, sampai menangis beriye-iye. Sampai sekarang pun menangis, cuma tak teruk, tapi kalau terbabas tu memang parah. Masa belajar dulu pun tak rasa sedih macam ni. Ni la malas nak cerita, kan dah sedih. Dah la minggu ni tak balik sana. Haihhh

Wednesday, May 8, 2013

#THANKYOUSIRALEX




Sebak ini lagi hebat dari sebak Najib menang PRU. 
Gua rasa nak video nangis-nangis untuk Fergie. Lol

So, who's next?

Tuesday, May 7, 2013

I'm married!!!


Banyak nak dikhabarkan. Tapi tunggulah nanti.



Tuesday, April 16, 2013

Keputusan aku dah buat. Harapnya ini yang terbaik untuk masa depan. Semua orang terdekat aku call tanya. Jawapan memang bercampur tapi itu lah yang tolong. Harapannya semoga di masa depan banyak lagi rezeki datang. Ahh sebak betul harini.

Monday, April 15, 2013

dilema

Kurang 2 minggu lagi. Aku gigih kerja lagi minggu ni. Dilema entah ini minggu terakhir kerja atau akan ada lagi minggu mendatang. Esok last day kena bagi decision. Sampai sekarang belum buat keputusan. Aku tak tahu apa yang diperlukan seorang isteri dan bakal ibu (insyaAllah) dalam bidang kerja. Yang aku tahu aku nak jadi kaya, maksudnya senang untuk bantu Mak Abah, senang untuk belanja sendiri, senang untuk semua. Tapi nak mendapat senang ni apa yang aku nak kena buat? Merangkak dari bawah kerja dekat any company yang offer gaji lagi best, atau melompat dari company ke company yang mana offer gaji best jugak, atau merantau cari company yang ada environment yang best gile, atau duduk diam-diam dekat sini. Atau pilihan paling terbaik duduk rumah doakan si suami jadi kaya supaya tempias dapat dirasai bersama. Dan obviously pilihan terakhir bukan pilihan terbaik sebenarnya. Dilema yang aku bawak dekat seminggu. Harapnya menjelang esok pilihan yang dipilih tu pilihan terbaik untuk kita semua.

Soal kahwin. Ahh Pak Najib suka-suka je nak buat pilihanraya dikala aku nak kahwin. Huru hara hidup aku bila dapat tahu. Konfrontasi dengan abah secara jauh, nasib jauh. kalau bertekak depan-depan lagi meraung meraban jadi dia. Lepas fikir banyak dan tak berapa nak panjang sebab masa suntuk jadi kita semua sepakat nak tukar date. Iyelah bayangkan la nanti kawan-kawan semua balik kampung, pulak ini first time masing-masing nak mengundi. Semangat la semua orang nak pangkah kertas undi. Ditambah lagi dengan sedara mara yang aktif dalam hal ni. Alahai sendu lah majlis tu nanti. Nak tak nak aku push Abah suruh tukar date.

Dikala majlis makin dekat ni la macam-macam dugaan datang. Gerun nak jadi dewasa ni. Keputusan bukan lagi pasal nak makan nasi lemak atau nasi ayam, yang mana tak kisah mana nasi pun kau pilih akan buat kau kenyang. Ini pilihan yang kalau kau salah pilih mungkin nasi putih pun kau takkan dapat. Faham?


Friday, April 5, 2013

Sesak

Amaran: ini post ketika hampir datang bulan. Aku tak yakin ayat suci murni keluar.

Sehari ni agak serabut. Aku rasakan aura-aura negatif keliling. Aku selawat, baca ayat apa terlintas, cuba layan running man dalam lrt, sampai office aku tak rasa lapar tapi bila aku sedar makanan adalah hiburan aku gagahkan diri turun breakfast. Cuba buat hubungan luar tabiat, order telur separuh masak sebagai side dish. Main course roti canai. Jadi tahniah, aura negatif seakan pergi. Gura kasar sikit dengan officemate, gelak sebahak mungkin. Sampai terlintas dalam otak masing-masing ini mesti ada yang tak kena nanti. Oh sepatutnya menjelang malam ada birthday dinner cum farewell party tapi dah agak ada something jadi buat semua tak jadi. Harini tugas dekat office jadi private investigator untuk boss. Kemain bersembang dengan boss serupa kawan. Tapi tula hati tak tenang. Pelan-pelan si negatif sampai. Mula rasa sesak dengan segala hal. Huh rasa nak pukul hempuk semua. Dah balik sampai sekarang masih sesak. Entah kelancauan ke kecelaruan mana yang datang. Haaahhh rasa nak panjat bukit sampai semput. Atau bertapa atas gunung sejuk.

Aku tau ada terlajak kata. Takpe aku kata. Kau banyak bunyi tak payah bising dekat aku. Aku gigit kau nanti.

Aku nak gerak ke bilik air, berendam dan kemudian maju ke dapur, cari hiburan.

Wednesday, April 3, 2013

Aturan

Jadi, dalam menuju ke satu jalan hidup baru yang mana manusia bertuah je yang insyaAllah akan tempuh ni, aku belajar banyak hal. Maksudnya hal ni dah lama belajar tapi secara teori, sekarang Allah bagi peluang nak rasa. Yang mana nikmat tu memang hebat, yang mana kurang nikmat tu perit tak terkata. Kami banyak plan, kalau ikutkan, plan lepas kahwin lagi teratur dari plan nak menuju kahwin ni. Sebab betapa aku pentingkan life lepas kahwin tu. Tapi selalu kan dengar orang cakap kita hanya mampu merancang tapi tuhan la penentu segala, sama la macam kami. Hanya mampu merancang atur segala tapi semua dekat tangan Allah. Walaupun belum lagi rasa hidup lepas kahwin tu tapi dah banyak plan yang kena amend balik. Perit tak terkata. Tapi masing-masing positif sebab tahu ini semua ada hikmah. Hari-hari aku monolog, aku brainwash otak aku tuhan takkan biar umat dia, bersusah dulu senang nanti datang, positif, aturan Allah pasti indah lagi-lagi bila kita buat sesuatu yang Dia suka. This is what i learn. Aku ingat aku tak mampu, tapi setakat ni boleh kawal lagi. Raihan pun sama. Kecewa la macam mana pun tapi apa nak buat, hadap dan berdoa banyak-banyak. Setan tolong jauh.

Dalam masa yang sebulan ni, preparation semua dalam 50% completed. Tak boleh nak cakap 70-90% sebab memang banyak lagi yang in progress. Nikmat sebenarnya buat semua hal ni, cuma kadang-kadang bila masalah datang jadi kelam kabut sikit. Lagi-lagi masalah yang berkait dengan masa, tak expert betul aku nak cilok masa. Tang duit mungkin masalah tapi buat apa yang mampu jela.

Graf mood masing-masing belum nak mencanak naik teruja berdebar ke apa lagi, sebab risau banyak hal. Aku takut. Tapi memang mintak doa dari semua orang semoga dipermudahkanlah semua.


Friday, March 15, 2013

Lek lek

Dan Hilyah dah mula gelabahkan untuk aku tentang bunga. Tengok, aku pun macam lek lek je lagi, tapi mesti orang keliling yang tanya-tanya. Haha, kepada Lya kau boleh cuti bila atau ingin pergi di hujung minggu?

Aku tipu sebenarnya yang aku lek lek je sekarang. Kau gile tinggal sebulan lebih lagi tapi banyak hal tak settle. List things to do nak lebih 10 kali buat sebab tiap kali buat entah kemana pergi. Itu belum lagi list budget dengan berapa expenses dah keluar. Dah berbulan tak record. Semua mende aku macam ambil mudah sebab aku taknak gelabah. Tapi serious weh, jangan jadi macam ni. Aku confirm masuk bulan depan rambut gugur dua kali ganda dari sekarang. Silap-silap tumbuh uban. Inilah konon kesan ada mental yang positif sangat ni. Jenis tak tahan pressure jadi cuba taknak fikir walaupun semua ni wajib fikir. Hal kahwin kot. gile ke apa nak ambil mudah. Ni kalau list down apa yang tak settle lagi mesti orang lain tolong gelabah sama.

Aku cuba saiko diri sendiri ni, tapi macam tak berjaya lagi. Kalau setakat mampu gelabah 5 saat tapi lepas tu rasa "ala semua boleh settle ni", "banyak masa lagi" pun tak guna gak. 




update : borang nikah masih belum habis isi lagi.

Thursday, March 14, 2013

Adaptasi

Ini kisah masa depan.

Hidup dengan mak bapak sama hidup dengan suami mesti lain. Ada few things yang aku macam terfikir. Kalau dengan mak bapak, bab buat salah dan tipu menipu mengelat ni anak paling terer. Ini kalau kantoi mak bapak tahu memang kena gulai. Ketepek ketepek la kena balun. Lepas tu menangis. Lagi anak menangis lagi ketepek pergi dia. Part ni musykil. Tak paham kenapa air mata bukan pelembut untuk sesetengah orang. Aku paling alergik tengok orang menangis. Cepat cair. Tak sampai hati dah nak buat pape melainkan memberi pujukan mesra. Haha. Jenis yang tahan tengok orang menangis ni aku salute. Hati kering betul.

Lepas tu dah kahwin, aku rasa la kalau nak menipu ke mengelat paling tak reti la kan. Cuma kalau dah tertipu aku tertanya-tanya apa nak buat. Takkan nak dihempuk suami/isteri yang salah tu. Ngeri teramat. Tak tahu kenapa sayang tapi sanggup nak naik kaki tangan semua. Imagine la hidup baru setahun jagung dengan orang luar lepas tu asal silap je kena hempuk. Ya Allah macam mana nak hidup. Kalau mak bapak hempuk takpelah. Ini entah manusia mana yang tak sama darah daging buat macam tu. Takut.

Bayangkan hidup sendiri bila mak bapak dah jauh. Ada partner baru nak mintak perlindungan kononnya tapi tak selamat. Janganlah kahwin kalau nak pukul-pukul, nak jerit memaki hamun. Kalau silap betulkan.

Tanya diri sendiri, dah ready nak hadap apa ja yang nak datang? Jujurnya la, aku ready nak hadap part-part happy je. Untuk part susah tu, macam-macam fikiran datang. Tanggungjawab nak jadi isteri, dah 100% ready ke?

Aku rasa aku kurang buat silap, maksudnya kalau silap sikit-sikit tu aku consider tu bukan salah besar lagi-lagi kalau aku belajar dari apa yang salah. Lagi penting kalau aku buat salah aku selalu set dalam otak jangan menyesal. Biasa la manusia silap. Part of life. Tapi itu aku. Diri aku rasa aku salah, tapi boleh betulkan. Mungkin orang lain rasa aku salah, tak boleh betulkan. Mak Abah pulak kalau tahu aku salah pun dorang marah, tapi selalunya bila aku buat salah memang tak lah nak cerita kat dorang. Dan aku baru sedar Mak Abah bukan jenis menghukum beriye, maksud aku mental kitorang adik beradik jarang kena pressure teruk. Tapi tang fizikal jangan cerita la. Apa je kitorang tak kena kan. Haha. Sebab tu bila aku buat salah, aku ada mental yang positif sikit. Positif selagi mental aku elok terjaga. Faham? Cuma tu la, bila dah kahwin penerimaan orang lain bila aku salah tu aku risau. Mesti kontra dengan apa yang aku hidup selama ni.

Aku taklah lembut mana, cacat kiri kanan depan belakang. Mintaknya ada salah silap apa-apa takdelah kena pukul ke apa. Yang penting jugak, mental aku tak kena hempuk. Sebab baru cerita macam ni je pun buat aku nak meleleh dah. Kental-kental pun tapi air mata murah sangat. Mintaknya ada lah pujukan mesra belaian kasih sayang bila termenangis nanti. Haha paling gua longlai bila banjir sorang-sorang.

Ini jugak baru punca. Ahh itu pun kalau faham apa maksud aku. Tapi ada sikit jawapan untuk tindakan susulan jugak sebenarnya.
 
Apa yang aku nak sampaikan pun aku tak tahu. Pokoknya ini kisah bila aku salah. Bukan orang lain.

Takut. 

Merepek. 

Monday, March 11, 2013

Isu diri

Aku ada beberapa isu dan konflik diri bila nak dekat-dekat majlis ni. Yang pertama masalah muka. Kulit muka ni bukan jenis berjerawat so Alhamdulillah atas kurniaan Allah. Tapi kulit muka ni macam kusam. Kalau lepas 2 3 jam apa yang ditepek kat muka ni dah hilang, memang nampak kelam terus muka. Tak muda langsung. Since aku bukan jenis gegirl sangat so tak rajin betul nak beli pape, nak pergi facial segala. Takde solution apa-apa melainkan tunggu kuasa magic mak andam dan make up tools dia menjadikan muka berseri bak diamond.

Masalah kedua adalah masalah kaki tak sama saiz. Betullah manusia ni takde yang sempurna. Tapi sedih betul rasa bila kaki kanan saiz 7, kaki kirin saiz 6. Allah, nak beli kasut susah betul la. Bila ada yang berkenan itulah halangan utama. Dah la jenis jari kembang, tak boleh pakai kasut kuncup-kuncup kat depan. Aku belum ada bayangan macam mana rupa kasut tu nanti. Silap-silap redah pakai flat je.

Masalah ketiga dan masalah yang bukan nak kahwin pun dah bermasalah. Kisah berat badan. Setahun duduk rumah sekarang sejak habis belajar, tak tipu kalau aku cakap aku naik dekat 10kilo. Gila punya hal.

Bye
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, March 8, 2013

hadap

Harini pepagi buta tetiba rasa kesunyian. Aku tahu ni pms ni, tak boeh layan sangat. Tapi pagi tadi drive sorang-sorang pergi kerja aku cuba selami apa erti kesunyian yang aku rasa ni. Nak kata hidup sorang takde pun, kemain setiap malam berjumpa sanak saudara, makan yang indah untuk perut, ada je bercakap-cakap dengan Mak Abah. So takde pun kesunyiannya. Tipu ni.

Lepas tu dah sampai office, aku cuba selami lagi sebelum aku buat kerja. Tetiba aku dah dapat jawapan. Aku takdelah sunyi, cuma ada satu part tu aku rasa aku macam sorang je. Macam kelakar nak cerita dekat sini. Kesimpulan dia, ada kawan yang bukan kawan sangat. Hadap.

Thursday, March 7, 2013

Aku dah lama perasan, penceritaan akau pada post yang lepas tak sampai ke hati pembaca. Haha. Karangan bergambar aku tak jadi. Haram jadah betul tak boleh nak view. masa aku taip dekat iphone elok saje. (secara tak sengaja termention telefon tangan baru, ehem yang 5 tu)

Disebabkan itu, Raihan ada tanya apa gambar aku letak tu. Jadi ini huraian pendek berkenaan gambar tersebut. Macam biasalah cita-cita aku mesti lah nak jadi surirumahtangga yang berjaya, isteri solehah, ibu mithali dan dot dot dot. Sebenarnya kalau ikut gambar haritu banyak lagi kisah cita-cita, termasuk la part-part yang menyentuh sensitiviti umat, tapi malu nak huraikan lagi.

 Ni aku tengah sorang dekat office tunggu turn diangkut pergi bank. Lepas tu boss whatsapp kata nak beanja lunch untuk semua orang. Dekat Japanese restaurant pulak. Mak ai mau tak terliur. Aku punya sangap dengan salmon lain macam sekarang. Cuma nafsu terjejas sikit sebab ada dua ulcer dalam mulut ha. Sedih betul.

Selasa pagi haritu pakcik kegemaran aku meninggal. So sekarang balik kerja ulang alik balik kampung jadi supir si ibu pergi tahlil. Hidup kelam kabut sikit, tapi gua tahan je longlai camne pun sebab esok-esok bila lagi nak berjasa kat mak pak sendiri. Mood syahdu memang bergelumang dalam darah. Pulak pms gua dah drag sampai 2 minggu. Jadi kiralah berapa lewatnya cycle gua bulan ni. Sikit lagi boleh jadi alien. Haha. Lepas tu dah takde communicate dengan kesayangan dimerata tempat dah. Dengan Raihan pun entah bila last aku bercakap dengan dia. Masing-masing sibuk. Sampaikan bila mood sendu sampai tak sempat nak layan.

Dugaan je ni, tak susah pun nak hadap tapi kena pandai aturlah mana yang penting. Cakap pasal penting, borang nikah pun tak berisi lagi. Hoiiiihhh

Wednesday, February 27, 2013

Masuklah waktu

Mula-mula tadi kemain aku taip panjang meluah emosi. Tapi lepas tu malu nak publish. Bukan dapat apa pun. Kisahnya bila dah ada ayat emosi ni makanya sedang beremosi la ni. Sudilah kiranya maklum dengan keadaan ini. Dah nak masuk bulan Mac, dah masuklah waktu bagi manusia sekitar kami untuk mempersoalkan segalanya. Tapi lah lan bila orang soal boleh senyum lagi, cuma bila aku dengan Raihan bersoal jawab memang tak nampak senyuman. Haram. Macam dalam court memasing. Penangan Suits.

Harini dah start kerja macam biasa. Boss dah balik. Kerja yang memang luar biasa nature dia bertambah luar biasanya bila seharian tak masuk office dok kesana sini urus hal boss. Penat wa cakap lu. Dan semoga stress dekat office nun tak melampau. Kalau tak aku nak tukar kerjaya.

πŸ‘πŸ’‘πŸ”ͺπŸ†πŸ…πŸ“πŸŸπŸ΄☕🍚🍲✈πŸ—»πŸ—½πŸŽ€πŸ’°πŸ’ΈπŸ‘™πŸ‘œπŸ’„πŸ˜˜πŸ’‹πŸ’πŸ‘ͺπŸΌπŸ‘


Aku ringkaskan kerjaya impian. Tapi Raihan say no

Monday, February 25, 2013

20 hari

Aku dah ngeri nak buat countdown segala. haritu last kira less than 90days. Kalau ikut style Lya dulu dia kira berapa weekend lagi yang tinggal. Sebab weekdays kerja kan. Itu lagi ngeri sebab kalau macam sekarang ada lagi 10 weekend maknanya ada 10 Sabtu dan 10 Ahad. 20 hari jela lagi nak ke hulu ke hilir settlekan semua hal. Nervous tak sangat ni tapi takut banyak. Selagi tak sampai hari yang sepatutnya tu memang  tak lega rasa.


Ngeri buat countdown tapi kira jugak. Dasar *#@%^#*$#

Saturday, February 16, 2013

IMadeFace

Boleh abaikan rambut bergulung tu sebab itu je rambut tak berjambul.

Monday, February 11, 2013

Tetetetest

Testing testing 1 2 3


Banyak weh nak dikhabarkan. Tapi tunggu bila rajin.


Monday, February 4, 2013

bukit

Minggu lepas, on 28th kemain aku gagahkan diri panjat bukit tabur. Perghhh gile. Untuk si noob yang konon-konon poyo nak hiking tak payah naik la. Haha dari awal sampai habis tu aku dok bising dekat dorang "tolonglah cakap ni last peak". Bukit Tabur ada 5 peak kalau ikut google la. Kitorang berjaya naik dari peak 1 ke 5 ok. Tapi seksa dia untuk aku tak tahu la nak kata sampai lunyai kasut. dengan gayat lain macam weh. Nak cross batu-batu tu, turun naik celah-celah batu. Aku fikir mati je atas tu. Tapi bila dah turun tu puasnya. Rasa nak naik lagi, tapi sampai 1st peak jela, sebab situ yang gambar lawa.

Boleh check cik komander punya blog ni ha. Ini si gila yang panjat 2 bukit, 1 gunung dalam masa seminggu.

Balik dari Tabur memang sakit kaki gile-gile. Selasa tu tak masuk kerja terus, kebetulan mak pun tengah demam. Dengan tenaga kaki si tua gigih la duduk dapur masak untuk isi rumah. Lepas tu sekarang kena jaga nenek dekat hospital, jadi haritu semangat la teman Mak tidur hospital sana, langsung esok tu cuti lagi. Nasib la boss takde.

Harini masuk kerja balik. Kerja menimbun ni. Aku rasa aku makin tak teratur dah ni, mana hal kerja, mana hal kahwin, duit pun dah bercampur-campur tak ikut budget. Serabut pulak. Penat pun lain macam bila otak banyak sangat fikir. Aku cakap Raihan ada 3 bulan lagi nak kahwin, dia kata excited. Perghh kagum. Aku belum nak excited lagi sebab baju kahwin tak siap lagi. Haha itu yang paling aku nak risaukan sekarang. Dalam bulan ni dah boleh kerja keras siapkan apa yang patut. Kena berguru dengan Lya ni, apa HIV test ke tok kadi ke nak buat mana dulu ni.

Thursday, January 17, 2013

Masih listen listen listen

Aku perasan rakyat Malaysia ni kalau apa je yang masuk dekat laman sosial laju je merebak. Tak payah aku perasan pun takpe, dah nama laman sosial. Hal listen listen listen, kemain mahasiswa bersuara. Padahal yang dalam dewan masa tu beriye bersorak. Takpe. Ini nak kisahkan Mat Luthfi. 

Ahh makin hari makin cair aku sama dia. Tak pasti dari mana ntah kenal Mat ni. Rasanya masa dok you tubing Anwar Hadi lepas tu dekat side bar tu ada video lain, aku tengok banyak nama Mat Luthfi. Kli tengok. Hambek. Sangkut terus. Aku pernah download video dia sampai crack laptop dek virus. Yang mana sampai sekarang aku tak rajin nak betul-betul repair lagi. 

Video baru dari Mat Luthfi. Tersengih sorang pepagi ni dekat office.



One of my favourite especially part buak cekodok tu.




dan video dengan Anwar Hadi




Mat Lutfi dah balik sini dah. Kemain semangat aku dok follow twitter dengan facebook dia. Obses. Dannnn dia ada blog

Lepas tu muka Mat Luthfi sama gile dengan Eunhyuk ni ha. Aku kenal mat korea ni pun dari strong heart ni. Alahai terus cair jugak.



and this




aku masih dan masih listen dan tengok Mat Luthfi punya video ni, mentang mentang boss kata masuk esok. Dan selagi aku tak berhenti aku rasa nak post semua video dia.

Tuesday, January 15, 2013

Listen listen listen

Kecoh isu listen listen listen. Google la tengok apa kes. 

Tapi baca ini. 

Satu 

Dua 

Nak lagi info bukak mata facebook Ustaz Hasrizal/Saiful Islam

Tepuk dada tanyalah iman, bilamana tanya selera semua tak boleh pakai dah.
 


Sunday, January 13, 2013

Kitaran

Sekarang, zaman yang sekarang ni atau level usia aku sekarang ni adalah level orang tua mula sakit, orang muda mula kahwin.

Nanti datang level orang muda mula beranak, orang tua semakin takde. Kitaran.

Ahh cakap pasal kitaran, yang dalam badan aku yang setiap bulan ada tu dah mula tak betul. Leceh.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, January 7, 2013

Alang

Kalau tanya siapa yang paling aku rindu sekarang, jawapan dia arwah nenek aku.

Fakta, aku ada 3 nenek. 2 belah Abah and 2 belah Mak. 2 nenek yang belah Abah dah takde. Nenek 1, nama Zaharah. Tak pernah jumpa langsung sebab die meninggal masa lahirkan Paksu aku. Nenek 2 nama Salmah. Nenek 3 nama Jamiah. Alhamdulillah ada lagi dekat kampung sana, cuma condition je tak berapa sihat.

Aku sebenarnya rindu nenek 2, atau aku panggil dia Alang je. Cucu lain panggil Wan Alang. Dia adik pada nenek 1. Orang kata salin tikar, bila atuk dah kahwin dengan kakak, pastu bila kakak takde atuk kahwin dengan adik. Jadi nenek tiri la sebenarnya Alang ni, sebab dia muda sikit dari nenek-nenek kawan-kawan lagi so kita memang ngam gila babeng punya.

Abah garang gila-gila dulu. Ngeri betul nak kenang masa kecik tang Abah punya garang tu. Aku kalau kena hambat, laju je lari rumah Alang. Kadang-kadang siap angkut kain baju, masuk beg plastik Sogo yang paling besar lepas tu pergi rumah dia. Kemain kecik-kecik dah pandai rebel macam tu, siap nak lari rumah lagi.

Nanti Alang dengan Atuk akan hantar balik aku balik rumah. Atuk dah la bertongkat, slow je jalan. Seksa dah aku dengan Alang nak jalan slow-slow angkut beg plastik sogo tu. Masa datang lari tu takde la rasa berat kan, bila nak balik terus beban jadi dia. Abah ni jenis respect orang tua sangat-sangat. Dia kalau Atuk marah dia diam je. Ini lah sifat Abah yang tak turun dekat aku. Masa tu Atuk adalah hero, walaupun bertongkat. Lepas tu Alang kuat bebel kat Abah, perghh aku suka betul sebab rasa ada orang back up. Tapi hebat yang tak berkekalan. Lepas je dorang balik, aku kena hambat lagi. Hailaaa nasib nasib.

Alang ni sebab muda sikit, dia gagah gila. Rumah kita dengan masjid agak jauh sikit. Tapi dia relax betul hari-hari jalan kaki pergi masjid. Pastu nanti mesti ada je orang kampung bagi tumpang. Bohong la kalau takde yang kenal dia. Kadang-kadang kalau dia nak ke bandar jauh sikit, dia berdiri je tepi jalan lepas tu tahan-tahan je kereta orang. Ajaibnya orang mesti bagi tumpang. Gila punya skill nak buat kawan. Sekarang, kau pergi la tahan kereta mana-mana, memang tak selamat la.

Zaman kecik, aku kalau mintak something kat Abah susah nak dapat. Kadang-kadang aku tak sabar, Abah kata nanti tapi aku nak jugak. Pastu pergi mengadu dekat Alang, sekejap je terus dapat. Bahagia betul. Tapi bila malam Abah hambat lagi sebab sesuka hati je aku memintak-mintak. Dulu-dulu, bila ada crush dekat sape-sape selamber jugak cerita dekat Alang. Dia takdela beriye dengar, tapi aku ni yang pentingnya ada tempah nak meluah. Seronok.

Alang ni jugak kaki jalan. Dulu zaman ktm komuter baru start. Asal hujung minggu je pergi jalan. Pagi-pagi selalunya Alang kena datang rumah aku kejut aku bangun sambil minta permission Abah, kalau nak suruh aku cakap memang payah nak dapat. Nanti dah siap-siap cantik-cantik, kita jalan kaki tunggu tepi jalan. Tahan mana-mana kereta nak tumpang pergi stesyen ktm. Destinasi kegemaran adalah Seremban, yang paling hujung sekali. Makan A&W, jalan sikit dekat taman belakang tu. Lepas tu pergi A&W balik sebab nak tapau, then baru balik.

Lepas aku start sekolah menengah, Alang selalu sakit. Pergi ubat sana sini, last-last doktor cakap ada cancer. Kena operate, buang ape ntah dalam perut. Lepas tu kena buat kemoterapi, nanti rambut gugur, badan kurus, perut pun dah bertebuk. Hari-hari kena cuci. Bau dia tak bape nak best. Alang masa ni tidur rumah aku, dalam bilik aku. Aku tak suka, sebab aku kena tidur lantai. Lepas tu bila bangun nanti bau. Haihh tak boleh nak cerita banyak dah. Sebak.

Rindu sangat. Masa kecik dulu aku pandai sekolah. Tiap tahun dapat hadiah. Masa lepas PTS dulu kemain die canang 1 kampung. Bangga dia bawak aku pi masjid dok heboh kat semua. Sekarang, bila dapat diploma, degree aku mesti sebut kalau Alang ada mesti best. Haritu bertunang pun rasa macam tu. Ni nak kahwin dah, lagi la. Alang paling suka pergi kenduri kahwin. Tolong rewang. Kat rumah dia banyak periuk, pinggan mangkuk. Dulu-dulu tak de caterer, semua gotong royong, nanti orang kampung datang pinjam kat dia. Aku jadi tukang kira pinggan tengok cukup ke tak.

Adoi sedih betul ha. Aku tulis ni dalam komuter, bangla depan ni sah-sah pelik tengok aku dok kesat mata. Tak daya jugak aku nak cerita lagi ni. Mau meleleh beriye. Nak baca balik atas ni pun tak sanggup.

Doakan arwah Alang tenang dekat sana.

Al-fatihah

:')
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 2, 2013

2012

Tahun yang macam-macam, serba-serbi, segalanya lengkap. Setiap tahun pun macam tu jugak. Takde nak cakap tahun ni lagi best dari tahun lepas ke apa, tapi part dah grad tu best. Part dah kerja sendiri cari duit tu tak berapa nak best sebab kena tanggung semua sendiri. Haha. Part bertunang pun best sikit je sebab belum halal. Hihi. 

Tahun 2012 ni paling banyak tahun kenduri. Umur macam ni kan, mana yang sama level sah-sah la nak kahwin. Lya dan selamat jadi suri rumah tangga, Jijah dah selamat jadi isteri jarak jauh, Joyah pun dah selamat jadi isteri berek bomba. 

Last week of 2012 terbaik sikit, sebab kita naik ke puncak saje. Mula-mula pergi Bukit Putih, Cheras. Konon hiking dengna budak-budak tu tapi dah sejam naik tak sampai-sampai atas lagi, bosan betul tunggu bila nak sampai air terjun dia. Terus decide nak turun balik pastu pergi Sungai Gabai dan panjat tangga setinggi-tinggi nya. Best. Mandi, celebrate birthday Tiqah, main monopoly. Lepas tu kita naik puncak lagi, dan last sekali kita naik gunung Mat Chinchang dekat Langkawi sana dengan family pulak. Gayat tak payah cerita. Nasib baik cable car dia laju je, kalau tak memang aku taknak naik atas tu. But still kena gelak macam gile jugak dengan semua. Great ending untuk 2012. Spent masa dengan kawan-kawan dan family. 

2013, banyak lagi macam-macam dan serbas-serbi nanti. 



Last sekali, azam tahun baru gua adalah untuk pregnant secepat mungkin, less than 16 days. 


Haha acah je. Gila jahat buat joke pasal ni.