Tuesday, April 16, 2013

Keputusan aku dah buat. Harapnya ini yang terbaik untuk masa depan. Semua orang terdekat aku call tanya. Jawapan memang bercampur tapi itu lah yang tolong. Harapannya semoga di masa depan banyak lagi rezeki datang. Ahh sebak betul harini.

Monday, April 15, 2013

dilema

Kurang 2 minggu lagi. Aku gigih kerja lagi minggu ni. Dilema entah ini minggu terakhir kerja atau akan ada lagi minggu mendatang. Esok last day kena bagi decision. Sampai sekarang belum buat keputusan. Aku tak tahu apa yang diperlukan seorang isteri dan bakal ibu (insyaAllah) dalam bidang kerja. Yang aku tahu aku nak jadi kaya, maksudnya senang untuk bantu Mak Abah, senang untuk belanja sendiri, senang untuk semua. Tapi nak mendapat senang ni apa yang aku nak kena buat? Merangkak dari bawah kerja dekat any company yang offer gaji lagi best, atau melompat dari company ke company yang mana offer gaji best jugak, atau merantau cari company yang ada environment yang best gile, atau duduk diam-diam dekat sini. Atau pilihan paling terbaik duduk rumah doakan si suami jadi kaya supaya tempias dapat dirasai bersama. Dan obviously pilihan terakhir bukan pilihan terbaik sebenarnya. Dilema yang aku bawak dekat seminggu. Harapnya menjelang esok pilihan yang dipilih tu pilihan terbaik untuk kita semua.

Soal kahwin. Ahh Pak Najib suka-suka je nak buat pilihanraya dikala aku nak kahwin. Huru hara hidup aku bila dapat tahu. Konfrontasi dengan abah secara jauh, nasib jauh. kalau bertekak depan-depan lagi meraung meraban jadi dia. Lepas fikir banyak dan tak berapa nak panjang sebab masa suntuk jadi kita semua sepakat nak tukar date. Iyelah bayangkan la nanti kawan-kawan semua balik kampung, pulak ini first time masing-masing nak mengundi. Semangat la semua orang nak pangkah kertas undi. Ditambah lagi dengan sedara mara yang aktif dalam hal ni. Alahai sendu lah majlis tu nanti. Nak tak nak aku push Abah suruh tukar date.

Dikala majlis makin dekat ni la macam-macam dugaan datang. Gerun nak jadi dewasa ni. Keputusan bukan lagi pasal nak makan nasi lemak atau nasi ayam, yang mana tak kisah mana nasi pun kau pilih akan buat kau kenyang. Ini pilihan yang kalau kau salah pilih mungkin nasi putih pun kau takkan dapat. Faham?


Friday, April 5, 2013

Sesak

Amaran: ini post ketika hampir datang bulan. Aku tak yakin ayat suci murni keluar.

Sehari ni agak serabut. Aku rasakan aura-aura negatif keliling. Aku selawat, baca ayat apa terlintas, cuba layan running man dalam lrt, sampai office aku tak rasa lapar tapi bila aku sedar makanan adalah hiburan aku gagahkan diri turun breakfast. Cuba buat hubungan luar tabiat, order telur separuh masak sebagai side dish. Main course roti canai. Jadi tahniah, aura negatif seakan pergi. Gura kasar sikit dengan officemate, gelak sebahak mungkin. Sampai terlintas dalam otak masing-masing ini mesti ada yang tak kena nanti. Oh sepatutnya menjelang malam ada birthday dinner cum farewell party tapi dah agak ada something jadi buat semua tak jadi. Harini tugas dekat office jadi private investigator untuk boss. Kemain bersembang dengan boss serupa kawan. Tapi tula hati tak tenang. Pelan-pelan si negatif sampai. Mula rasa sesak dengan segala hal. Huh rasa nak pukul hempuk semua. Dah balik sampai sekarang masih sesak. Entah kelancauan ke kecelaruan mana yang datang. Haaahhh rasa nak panjat bukit sampai semput. Atau bertapa atas gunung sejuk.

Aku tau ada terlajak kata. Takpe aku kata. Kau banyak bunyi tak payah bising dekat aku. Aku gigit kau nanti.

Aku nak gerak ke bilik air, berendam dan kemudian maju ke dapur, cari hiburan.

Wednesday, April 3, 2013

Aturan

Jadi, dalam menuju ke satu jalan hidup baru yang mana manusia bertuah je yang insyaAllah akan tempuh ni, aku belajar banyak hal. Maksudnya hal ni dah lama belajar tapi secara teori, sekarang Allah bagi peluang nak rasa. Yang mana nikmat tu memang hebat, yang mana kurang nikmat tu perit tak terkata. Kami banyak plan, kalau ikutkan, plan lepas kahwin lagi teratur dari plan nak menuju kahwin ni. Sebab betapa aku pentingkan life lepas kahwin tu. Tapi selalu kan dengar orang cakap kita hanya mampu merancang tapi tuhan la penentu segala, sama la macam kami. Hanya mampu merancang atur segala tapi semua dekat tangan Allah. Walaupun belum lagi rasa hidup lepas kahwin tu tapi dah banyak plan yang kena amend balik. Perit tak terkata. Tapi masing-masing positif sebab tahu ini semua ada hikmah. Hari-hari aku monolog, aku brainwash otak aku tuhan takkan biar umat dia, bersusah dulu senang nanti datang, positif, aturan Allah pasti indah lagi-lagi bila kita buat sesuatu yang Dia suka. This is what i learn. Aku ingat aku tak mampu, tapi setakat ni boleh kawal lagi. Raihan pun sama. Kecewa la macam mana pun tapi apa nak buat, hadap dan berdoa banyak-banyak. Setan tolong jauh.

Dalam masa yang sebulan ni, preparation semua dalam 50% completed. Tak boleh nak cakap 70-90% sebab memang banyak lagi yang in progress. Nikmat sebenarnya buat semua hal ni, cuma kadang-kadang bila masalah datang jadi kelam kabut sikit. Lagi-lagi masalah yang berkait dengan masa, tak expert betul aku nak cilok masa. Tang duit mungkin masalah tapi buat apa yang mampu jela.

Graf mood masing-masing belum nak mencanak naik teruja berdebar ke apa lagi, sebab risau banyak hal. Aku takut. Tapi memang mintak doa dari semua orang semoga dipermudahkanlah semua.