Tuesday, January 14, 2014

Aku rindu mak abah, ibu ayah. Dari malam semalam. Malam jela. Eh tak malam sangat, aku tidur pukul 3 lebih kot, tengok ballon d'or. Entah apehal jugak mimpi layan tu, padahal sejak kahwin aku pencen bab bola. Tapi bukan itu pokoknya. Aku rindu mak abah.  

Harini siang ibu ayah datang, akak dengan abang pun ada. uwan dari Rembau datang. Pakcu, makcu sekali dengan anak2. Kau tahu, aku bangun lambat gila tadi. Kalut habis. Ayam tak perap lagi, nasi lemak ada lagi dalam rice cooker jadi keraknya ambil masa nak lembut. Paham? Aku masak nasi lemak, aku biar je rice cooker on sebab nak dia tak basi. Konon nak makan breakfast. Ke laut pegi dia. Jadi rice cooker jadi banyak kerak, kena rendan air baru lembut dan bole masak nasi baru. Kalut aku dengan Raihan siapkan rumah. Berzikir selawat aku sambil ketang ketung kat dapur. Raihan macam biasa kemas rumah. Alhamdulillah aku ada housemate terbaik.

Siang hari jalan lancar. Kekenyangan semua orang, terjun kolam, balik makan lagi. Kenyang lagi. Alhamdulillah. Aku rindu ibu ayah. Syukur dapat lepas rindu. 

Sekarang semua dah balik, aku selesai kemas dapur, cuci pinggan, iron baju kerja esok. Raihan sapu dengan mop lantai. Aku harap sangat perangai membantu ni kekal. 

Ni aku makin rindu mak abah. Lain macam. Dah lewat nak call. Pastu kalau call aku tak reti pulak meluah. 

Dari bertakung jatuh meleleh. Allah jagakan mak abah, ibu ayah. Alhamdulillah untuk nikmat perasaan ni. 

No comments: