Monday, January 13, 2014

Housewarming

Sabtu haritu kita suami isteri dengan jayanya berjaya melaksanakan so called housewarming. Memula macam saje nak ajak a few friends lepak rumah tapi alang-alang aku suruh je raihan invite jugak kawan dia datang sekali. Dan aku pun mula menjemput kawan lain sekali. 

Pasal menu nak buat apa ni berapa kali dah aku bertekak dengan raihan. Kahkahkah. Tapi aku paham niat dia taknak bagi aku susah. Cuma aku kalau boleh nak orang puas hati bila datang jauh kan. Jadi final decision kite buat nasi ayam, mihun sup dengan steamboat ke yong tau foo ntah kan. First time masaknasi  ayam. Dah la tu masak untuk ramai orang. Selama hidup ni tak pernah lagi aku bergerak solo kat dapur masak banyak. Walaupun mak rajin buat makan-makan tapi aku tolong gitu je. Ini semua buat sendiri. Pancit. 

Tapi yang best bila jamu orang makan ni is kepuasan. Bila orang makan lepas satu satu. Walaupun nasi ayam aku sedikit hampeh tapi in the end balance tinggal ciput je. :D

Raihan was so nice, aku tinggal part kemas rumah dekat dia. Gile terer la. Bilik-bilik pun settle dia kemas. Dan part paling aku tahu aku akan malas adalah part bila tetamu balik pastu tinggal la berdua suami isteri kat rumah. Tapi rezeki betul bila Mira, Aidil dengan Rosal stay sampai subuh pastu tolong basuh pinggan and clearkan meja. Waaa seronok betul. 

Dengan itu aku bersemangat nak buat lagi lepas ni. Haha


 

1 comment:

HazeL said...

Moga dimurahkan rezeki lagi..