Tuesday, January 28, 2014

Januari

Bulan januari saje penuh jadual dengan macam hal. Betapa aku rindu nak duduk dekat rumah bermalas-malasan dengan suami. Last weekend jauh jalan sampai Penang. Dah berbulan jugak merengek nak pergi sana akhirnya dapat jugak walaupun sekejap. Company aku buat treasure hunt, aku join. Tema football fever. Layan. Seronok jugak. Walaupun dekat seharian tak menjamah nasi. Mana lunch mana breakfast. Dalam kereta kemam gula-gula selagi mampu. Route chellenge dekat Ipoh dengan Taiping. Rindu Sri Iskandar.  Last pit stop dekat Juru, untuk beginner macam kami memang tak fikir menang la walau hadiah beribu. Qualified pun kire terer sangat dah. Check in hotel pukul 7. Pengsan. 

The good things is, Raihan ada dekat Penang jugak. Aku dalam mode memaksa dia ikut jugak sebab mengenangkan nak balik KL takde transport. Isnin ada mid year review yang mende kpi ni. Ni effect bonus sama increment. Gile ke apa nak pandang ringan je kan. Aku pujuk Raihan datang Penang jalan-jalan pastu bawak aku balik awal sebab team aku nak berjimba sakan kat Penang, waktu balik entah tak tahu pukul berapa. 

Bye-bye Penang, mid year review selesai. All went well. Selasa ada discussion psl GST, settled. Esok discussion pasal MFRS. Betapa aku mengharap bonus dan increment yg sangat tinggi sebab aku sangat rajin :p

No comments: