Thursday, January 16, 2014

Makan gaji


2013, tahun sepenuhnya bekerja. Buat duit atas effort sendiri. Grad 2012 kan, jadi opening 2013 memang dah jadi pekerja sepenuh masa la.

Plus minus 8 bulan kerja company lama. Bila orang tanya company apa, aku jawab "shipping company" je. Haha padahal kerja account yang aku buat kemain beza dari orang lain. Special gile bak hang. Kerja dengan kerabat, siap berpatik tengku tau. Aku rindu boss aku. Baik tapi garang jugak. Benefit tak sebagus company lain, tapi iphone 5 free dah cukup cover semua. Tak termasuk gift masa kahwin haritu. May god bless you Tengku. Patik seram nak contact Tengku balik. =)

Lepas tu dah dekat nak kahwin aku tender gak. Suasana semakin hangat masa tu. Walau counter offer Tengku sangatlah membutakan mata tapi takpela, barang lepas usah dikenang. And nasib baik takde lah terkenang pun, cuma kadang-kadang rindu betul suasana office tu bila havoc. Dan tak tipu la, aku rindu jugak gift dia yang pelbagai tu. Hahaha

Rezeki nak kahwin dapat kerja company baru. Offer kerja baru datang serentak dengan offer gaji tengku yang mewah tu. 3 jam aku memikir mana paling bawak untung. Duit besar dengan experience kecik, atau duit kecik dengan experience besar. Semua orang aku call, aku tanya. Takde lagi p&c soal gaji sebab aku betul-betul telus nak dengar apa pendapat orang. Akhirnya masuk jugaklah kerja baru.  Tak berapa sempat nak rasa title penganggur. Cuma tak bestnya masuk masa year end closing. Hadaplah kerja 2 minggu tanpa henti siang malam. First 3 month very challenging. Dari field kerja yang tak berapa account sangat, tibe-tibe kena hadap betul-betul account. Pusing kepala. Sampai sekarang pun kalau monthly closing pun ada je banyak mende baru.Haritu habis quarter closing, pun kerja dekat 2minggu tak stop. Sebab closing jatuh weekend kan, pastu new year pun datang gak. Jadi memang sungguh aku muntah sakan sakit kepala dekat toilet office tu. Blerghh.

Ini aku taip ni dekat office la ni. Lepas buat makan-makan haritu aku punya tangan bengkak. MC sakan jugak la. Ni dalam kesakitan ni menaip ni, tapi aku bosan. Tak larat hadap workflow bertimbun. Benci betul. Sambil-sambil menunggu Raihan datang jemput sebab dah malam sangat kan, apa guna suami kalau bukan untuk menjemput isteri. Jadi aku karangkan secebis kisah.


Aku nak kisahkan hal kerjaya. rupanya takdela panjang sangat. Aku berdoa lah supaya kerja aku kat sini lancar, dapat gaji berbulan-bulan yang sangat banyaknya. Dan doakanlah aku punye KPI mid year review dengan bos besar nanti smooth je. Janganlah disoal aku soalan nluar alam batasan pemikiran aku. Amin.


No comments: