Tuesday, January 21, 2014



Weekend baru ni cuti lama. Ala minggu lepas pun kerja betul-betul sehari je.

 Jumaat sakan cycling dengan budak-budak tu kat FRIM. 1 round je cukup, aku tak daya nak dera otot aku beriye menunjukkan aku mampu. Haha. Sabtu pergi Terengganu. Kahwin Black dengan Tyty. Ini nak cerita. One of the simplest wedding ever. 2 khemah sahaja. Impress. Aku mengaharap betul industri kahwin Malaysia ni tak kebabom sebab indah pulak aku tengok gaya jimat cermat ni. Otak aku ligat buat kira-kira berapa kos majlis haritu. Buat aku rasa nak naik pelamin lagi sekali dengan Raihan sebab jimatnya. Sebabkan bila pergi wedding yang gah sangat, buat aku rase ish apesal dulu aku tak buat macam tu, lawanya baju, kenapa dulu tak nak baju macam ni. Semua evil punya feel datang. Haha cakap sungguh, lepas kahwin aku dah tak kuasa nak tengok rancangan kahwin-kahwin kat tv tu. Wedding haritu ok sangat sebab pengantin elok je cantik dan hensem. Hmm atau mungkin aku terbeli dengan lauk daging masak apa ntah yang sangat sedap. Ya Allah siap dapat tapau, tak sempat sampai rumah dalam kereta dah makan. Dah la simple, makan sedap. Alhamdulillah.

Dan syukur jugak la wedding aku haritu jalan lancar je. Dan aku masih tak rajin nak update hikayat tu lagi. 


No comments: