Saturday, February 22, 2014

Tadi dinner dekat Asmara Penchala yang dulu nama bora asmara tu. Ceh service cam harom. Makanan tak menepati citarasa. Last time kite pergi sedap gile tu tadi nak pergi lagi. Tapi hampa. Service slow, makanan low. Takyah gi dah. 

Sekarang dalam mcd. Cari aiskrim. Perangai. Lepas tu tertoleh kiri kanan tengok orang. Nampak budak perempuan macam budak sekolah rendah kot. Terus teringat aku dulu kecik-kecik macam mana. Lepas tu tengok kiri ada uncle cina 2 orang. Baya atuk-atuk dah ni. Relax lepak 2 orang. Hah terbayang nanti dah tua macam mana. 

Kemain sangat malam ni. 

Friday, February 21, 2014

Sejam lepas baru boleh digest, oh harini Jumaat. Esok cuti. Gile ke apa ntah aku dah melupakan hujung minggu. Lagi-lagi bila hilang hujung minggu yang boleh buat aku santai beriye tanpa memikirkan apa-apa. Sabar Ika. Begitulah hidup. Tiada lagi pasif.
Aku kan, sumpah aku rasa hidup aku dah terlebih blend dengan kerja kat sini. Sungguh. Segala post nak selit pasal kerja, office, kerja dan office. Watderr. Tapi bukan nak cakap takde work-life balance, cuma dorang ni suka buat event yang buat aku bersosial dan melepaskan stress dengan cara yang lain. Bagus la jugak. Cuma sekarang aku dah merindui santai kat rumah. Dok diam tak keluar mana-mana. Rumah pun dah macam apa je dah. Minggu ni Raihan yang tolong basuhkan baju, sidai, siap lipat lagi. Haritu 2 hari balik lambat, Raihan tolong masakkan. Sedihnya.


Tuesday, February 18, 2014

Seperti biasa, dekat office baru buat blog. Tak closing lagi tapi beriye stay dekat office buat kerja. Sebab aku syak aku dah suka je kerja sini. Suka dengan maksud aku dah ikhlas hati serve untuk company ni. Walaupun kerja semakin melimpah ruah, tapi aku suka betul company yang banyak event ni. Tu la, dulu zaman belajar tak kuasa aku nak menyibukkan diri dalam segala hal selain dari dalam kelas. Manusia berubah. Selagi kerajinan ada kan.

Ahh tak sempat nak kisahkan hari sukan baru ni. Gile kentang aku berkawad sakan dengan dorang ni. Raihan dah sampai. Bye.