Friday, February 21, 2014

Sejam lepas baru boleh digest, oh harini Jumaat. Esok cuti. Gile ke apa ntah aku dah melupakan hujung minggu. Lagi-lagi bila hilang hujung minggu yang boleh buat aku santai beriye tanpa memikirkan apa-apa. Sabar Ika. Begitulah hidup. Tiada lagi pasif.
Aku kan, sumpah aku rasa hidup aku dah terlebih blend dengan kerja kat sini. Sungguh. Segala post nak selit pasal kerja, office, kerja dan office. Watderr. Tapi bukan nak cakap takde work-life balance, cuma dorang ni suka buat event yang buat aku bersosial dan melepaskan stress dengan cara yang lain. Bagus la jugak. Cuma sekarang aku dah merindui santai kat rumah. Dok diam tak keluar mana-mana. Rumah pun dah macam apa je dah. Minggu ni Raihan yang tolong basuhkan baju, sidai, siap lipat lagi. Haritu 2 hari balik lambat, Raihan tolong masakkan. Sedihnya.


No comments: