Friday, March 21, 2014

muhasabah isteri

Dalam kesejukan kat office ni, baru la gagah nak pi bancuh air panas. Lepas tu mula la mood santai dah mai, malas nak buat kerja.


Baru ni, ada kawan nak kahwin tak lama lagi tanya, aku dengan Raihan ada discuss tak before kahwin haritu apa yang kite suka dan tak suka. Aku tak dapat digest soalan dia. Tapi aku jawab jela takda pulak nak discuss. Memasing paham sendiri jela, yang mana kita tahu dia tak suka jangan buat atau try jangan buat. Kalau dia suka, kita buat atau kite try buat. Aku jawab lagi, mende ni ongoing process. Sat gi dah duduk sama lagi la dapat study perangai memasing. Aku tak tahu la aku menjawab soalan dia ke tak. Tapi aku try lagi sekali bagi input yang bermanfaat sikit. Aku cakap jadi isteri susah. Aku cerita diri aku tau. Dulu kita kawan, aku selalu rasa lelaki perempuan satu level. Sekarang dia suami, nak belajar jadi isteri kepada suami ni maksud aku susah. Sekarang aku ada leader yang bukan Abah dengan Mak dah. Abah sama Mak masa aku lahir depa memangdah dewasa, so kite kan respect org tua ni. Ini suami yang saing-saing je umur. Payah sikit. Bukan all the time susah, tapi ada masa jiwa meronta jugak. So aku cakap instead of kau nak tau apa die suka, and untuk bagitahu dia apa kau suka, eloklah kau study macam mana nak jadi isteri terbaik untuk suami dari segi islam. Aku cakap aku tak rajin tang ni, bila iman aku goyang bau aku sibuk cari pasak. Manusia, setan dah masuk baru nak halau, bukan nak tegah. Jangan jadi macam aku. Esok dah terer meh share sama aku. Haha.

Cuma Alhamdulillah Raihan gile punya redha. Haha aku bile buat silap selalu cakap, camne ni dah buat dosa, nanti i susah masuk syurga. Then dia kabor, takpe i ampunkan u, i selalu doa u masuk syurga sesame, i redha. Alahai sebak mak enon.

Maka slow-slow la kite muhasabah diri. Colleague aku stok isteri dan ibu muda banyak jugak bagi advice. So support system nak adapt mende ni kire boleh tahan kuat jugak la. Tinggal nak taknak je lagi kan.

Jadinya bila kau dah terer dan jadi isteri yang baik untuk suami, apa kesukaan dia dan ketaksukaan dia pun kau akan redha. Dan suami pun lagi la gembira bila dapat isteri cam tu kan.

Ingat best kahwin? tanggungjawab berat oi.