Wednesday, April 30, 2014

1 tahun

27 April 2014

Betapa aku cuba membuat diri aku sangat beriye untuk celebrate anniversary yang pertama ni. Sebabnya few day sebelum tu kerja berlambak ya Allah. Dengan appointment sana sini lagi. Rasa nak celebrate biasa-biasa je. Pergi dinner kat tempat lawa sikit, makan mahal sikit pastu lampu malap-malap sikit kire ok la. Tapi, setakat makan ni tak anniversary pun selalu buat. Beriye jugak aku brainwash otak Raihan supaya merasakan anniversary ni sangat berharga. Haha. Demi itu, aku sunguh-sungguh buat proposal untuk honeymoon. Ade 3 pilihan tapi kita amek yang paling low cost dan dekat. yang lagi 2 boleh simpan untuk rujukan masa depan. Plan sweet escape ni takla beriye sangat tapi untuk starting kire ok la. Haha

Kembali ke cerita anniversary, kite pi Genting je nok. Memang destinasi bajet sangat. Pulak haritu ada team building kat awana, ambience syok betul. Aku kabor ke Raihan, dia pulak excited. Maka itulah proposal yang diterimanya. Genting memang takde apa, kita naik guna cable car tu. 1st time aku naik cable car ke atas tu. berpeluh sakan aku. Mengucap tak berhenti. Dah sampai atas tu memang sah la takde ape. Kita bergambar dgn superman, eiffel tower dengan statue of liberty, pose ala-ala tourist pastu done. Cari Mcd, makan. Keluar kejap konon-konon nak pose dengan kabus-kabus genting. Ok siap. Turun.

Dan aku tak pasti bile honeymoon apa korang buat, (aku tahu tapi maksud aku mende lain selain tu) tapi aku dengan Raihan duduk dekat lounge hotel tu sampai midnight sebab tengok bola. Ada live band ke ape, kite buat tak tahu je. Takde gaya ok saya tujukan lagu ini untuk isteri saya. Takde gaya bile lagu jiwang romantik depa nyanyi, kita nak bisik-bisik kat telinga oh sayang i love you. Takde woiiii. Yang ada kepala kena luku sebab gua nganjing chelsea. Cis. 

Tapi tulah, itu pun dah buat memasing puas hati. Aku rasa tengok bola suami isteri sambil menganjing sakan dah habis romantik di kala ini. Sambil discuss pasal ketereran player ke apa, pasal kehenseman player ke, semua topik yang jadahnye laki bini nak discuss dikala honeymoon dah buat memasing layan je. Ini kat rumah pun buat tapi sejuk-sejuk angin Genting nun bawak manfaat jugak la.

Itu pun kebetulan haritu ada game kan, next time bila takde game entah apa pulak kan. Itulah yang tak sabar nak explore tu. 

Setahun hidup jadi isteri indah jugak rasa. Best la. sekejap je dah setahun. Tapi perangai laki bini cam biol-biol lagi. So ok sangat la, tak banyak mende berubah. Tang iman nak kasi up tu ada la sikit-sikit kan step dia. Jadi Alhamdulillah dengan kehidupan yang bahagia ini. Perghh gagap gua nak berjiwang sakan di sini. 

Kita ada jugak try jadi romentik. 

 Tengok. 


 Ini sikit baru, kisah-kisah gini lain macam jugak gua nak story. Nak tepek gambar pun hishh malu bin segan. Tapi yang tersemat dalam hati dan minda ni segalanya indah la. Auwww. Oh dan aku jugak semangat nak kumpul semnagat pengantin baru, jadi aku pakai inai. 


Kononnya pasni every year nak buat camni tapi tengok la macam mana. 

Maka itulah saje kisah kahwin buat masa ni. Demi kisah ini, tax comp aku tak tie dari pagi tadi. Jahanam.

InsyaAllah dengan izin Allah kita nak sangat hubungan ni bawak ke syurga. Doa supaya dapat zuriat soleh dan solehah pun tak lekang. Allah ada plan Dia kan. Semoga yang baik-baik untuk kita. Diharapkan kita suami isteri sabar dan tabah menunggu nikmat-nikmat lain. Terima kasih tuhan, untuk keindahan dunia yang bagi kemudahan di akhirat nanti. Alhamdulillah


Thursday, April 17, 2014

harini lemau ya amat. Sepatutnye tadi meeting sampai 5.30 tetibe tak jadi pulak. pukul 3.30 dah kena halau sebab tak berkaitan dah dengan kerja. Cis jugak sebab aku dalam kemalasan nak buat kerja. Atas meja ada naza cheese which is roti burger, sosej dgn cheese dan telur disekalikan. Rupa macam burger tapi bukan. Sedap ya amat. Aku tapau sebab tadi lunch makan pizzaro, roti canai dalam dia ada daging burger skali mayonis dengan sos. Ni double triple sedap. Perut kalau dah tengahari sumbat nasi, memang tak tahan sampai ke petang. Tapau naza cheese. Dah imagine dah makan ni tapi rasa tak indah tak dapat air. Nama nak pergi pantri bancuh sendiri tak rajin ah. Gagah turun bawah pergi  beli air. Maka bukanlah sekadar air sahaja tapi ada snickers dengan halls sekali. Dan habislah budget belanja minggu ni. Esok takde duit dah nak makan.

Post ni tak bawak motif. Saja nak hilangkan bosan.

semalam 16 Jamadilakhir 1435, genap lah 1 tahun hijrah. Gitu sekali ingat tarikh kan. Alhamdulillah la cukup setahun berumahtangga. Terer dah ni. Syukur betul takde masalah serius melainkan si isteri yang kurang matang.

Aku pause lama tadi, sebab gigih isi review kat agoda sebab nak collect point. Sekarang dah ada kerja.

Thursday, April 10, 2014

Lama tak sangap ni. Next season, next season. 



Semoga tak rebah teruk kat office jap gi