Tuesday, May 20, 2014

Subhanallah, Allah memang maha kuasa.

Haritu rasa berdosa sangat bila google nama sendiri keluar gambar rambut zaman dulu. Gigih jugak search cara nak remove semua. Harini check balik dah takde dah. Rasa nak sujud syukur je. Alhamdulillah. Semoga permanent la gambar tu hilang. Bak kata Yaty, tak bagi profit kat google pun kan.

Sebelum ni bila nak pakai tudung rasa selebet la, tak de self confidence la, apela . Rosak betul gua. Susah nak kekal istiqamah ni. Macam haritu, pergi the curve, ada sale. Walaweii sebab dah lama tak beli baju, ada pulak sale. Ada la baju yang berkenan, size memang bukan S dah, M pun jadi fit. Maka tarik size L, rasa dah muslimah ni, baju tak boleh ngam-ngam. Tapi sampai kat Raihan semua kena reject uolls. Gile. Bergegar otak mak. Tak boleh digest betul. Terus balik, merajuk sakan. Rasa tak adil betul. Raihan pujuk, dia kata esok kite tengok lagi, mungkin tadi dia tak tengok betul-betul. Ok maka esok pergi lagi, gile mengada aku. Pergi-pergi tengok dah takde dah baju tu. Hampeh. Emo bertambah. Balik rumah aku menangis sakan. Mula-mula menangis la sebab tak dapat baju baru, lepas tu insaf. Menangis sebab susahnya nak jaga aurat, susahnya nak kena betul-betul jaga aurat. Masa tu insaf lahai. Makin sakan meleleh. Dosa bertimbun.

Dilema diri yang tak sudah. Allah dah tetapkan begitu aku still lagi kadng-kadang rasa nak alter sikit ketetapan tu. Adjust bagi boleh fit dalam diri. Bukan adjust diri bagi fit dalam dia. Allah. Memang tak senang, jaga aurat pun luas maksud dia. Bukan aurat kita je, aurat sesama perempuan pun jaga. Selain gigih delete gamba sendiri, aku gigih jugak tahan diri upload gamba sesama kawan yang tak proper. Kalau tak nanti tak pasal-pasal dapat saham sekali.

Semoga Allah ampunkan dosa, bagi cukup masa nak betul-betul jaga aurat. Takut.

No comments: