Saturday, June 28, 2014

Kahwin at the age of 23. Antara pioneer jugak la kan antara kawan-kawan. Betul, kahwin untuk mengelak dosa, menambah pahala. Alhamdulillah kita menuju ke situ. Dan antara lain hikmah yang Allah bagi, ada suami nak jaga aku. 

Dua tiga minggu lepas kahwin, masuk kerja baru, workloads baru, timing kerja baru. Balik lambat, malam, hari gelap. Aku terfikir kalaulah ni jadi sebelum kahwin, aku dah chow bulan pertama. Mengenangkan Abah nak kena datang jemput kat office setiap kali balik lewat. Tak tak, tak indah imaginasi tu. Maka, dijodohkan awal, supaya ade so called the keeper. Rezeki kahwin datang sekali rezeki kerja baru. Aturan tuhan. Bravo. 

Dan lain-lain hal macam ada yang tolong buat kerja rumah, hal yang ada nak dengar bebel nangis kau dengan hal office, hal yang ada tolong picit urut kau bila penat, dan segala macam hal sulit yang takyah khabar la. 

Kembang hati memikirkan rezeki kahwin ni. Alhamdulillah hantarkan manusia penjaga ni. 14 bulan yang banyak hal. Terima kasih. 


No comments: