Friday, June 6, 2014

Penat

Malam tadi aku mengalami satu kepenatan yang luar biasa. Taknak classify sebaga stress sebab taknak ah. Lepas cakap dengan diri sendiri tadi, aku buat kesimpulan mental aku penat. Sah-sah salah satu reason sebab kerja. Dah 2 minggu kerja non stop, ini baru one month before year end closing, hujung bulan ni dah hadap year end aku tak tau la camne gaya dia. Duduk dalam reporting team letih betul oi. Report bertambah, tak termasuk yang kena amend la revise la. Acane ni? Otak tak habis penat lagi. 

Dan pastinya lah, bila dah letih kerja sah- sah effect hal kat rumah punya. Waaaa. Ada banyak kali dah ha menangis tanpa sebab macam orang gila. Malam tadi, kau tau bila kau dah letih, kau akan mengharap cukup la satu je punca kau letih. Semoga masalah lain senang jela nak settle. Dah 2 minggu aku mintak camni. Ada la satu dua hal yang terlajak dan emo macam gile gak. Tapi malam tadi, hal sesimple usb charger the third jahanam lagi. Nak pi tukar, last time pergi tu the second tu service centre bukak sampai pukul 10pm brader tu kate. So badan penat pun terpaksa jugak pi tukar malam tadi ni sebab weekend nak balik johor. Payah pulak hp takleh nak cas kan. Aku letih ya amat. Dinner pun aku cakap kat Raihan nak buat nasi goreng je boleh. Tak larat nak masak lauk pauk. So on the way dari Kepong ke OU yang sekangkang kera tu pun aku sampai terlelap. Letih la katakan. Bila dah sampai mac city, nak menangis tengok service centre berkunci siap mangga bagai. Uwaaaa. Brader tu kata sampai pukul 7 je bukak. Tipu woo. Aritu brader lain kabor korang dah extend sampai pukul 10 sebab senang orang yang kerja nak mai memalam. Dan bermula lah episod malas jalan, episod menjerit dalam hati, episod mencarut dalam dia. 

Aku taknak beli charger lopek weh, warranty hang ada 2 bulan lagi. Awat hang buat gini. Dahlah buat hp bateri cepat kong, buat usb charger cepat kiok, tutup service centre pukul 7. Benci. 

Sampai rumah cabut tudung terus tidur. Dengan jeans yang malas nak bukak. Sampai pagi tadi baru bangun. Baju tak pack lagi tapi nasib baik Raihan dah susun baju dia cantik-cantik kat tepi bag. Dapur pun dia tolong kemaskan, siap pack nasi goreng dalam tupperware nak bawak bekal pi office. Atas iron board ade nota apa kena buat pagi tadi sebelum pergi office.  

Sesungguhnya aku memang tak boleh hidup kalau takde Raihan. Katalah aku clingy ke apa. Takpe memang tak boleh. 

Hah tu je.  Boss, kau jangan buat hal harini. Aku letih ni. 


No comments: